Wednesday, October 14, 2015

Nak buat puding roti

Selamat menyambut tahun baru untuk umat islam, semoga tahun yang datang nih adalah tahun yang lebih baik dalam hidup kita semua ^_^ selamat maal hijrah..!

Cuti sekolah je memang anak aku punya perangai sekarang akan bangun lambat... sejak sejak dah jadik kanak kanak lelaki nih anak aku nih memang dah pandai bangun lambat...dulu dulu kalau hari cuti awal pagi dia bangun sebab nak kejar tengok kartun..huhu.. satu satu berubah kat anak kesayangan daku ini.. ^_^ yeah dulu masa dia baby aku teringat betapa aku selalu rasa tak sabar nak tunggu anak aku boleh berjalan.. berlari.. membesar.. sekarang sekarang bila dia dah mula membesar dengan baik aku pulak yang "ala ala" memendam rasa menjeruk perasaan.. hikhik.. betapa sebenarnya aku sedang belajar untuk perlahan lahan melepaskan anak aku.. berat macam mana pun dalam hati aku sedar anak kesayangan aku tu akan semakin dewasa setiap hari..♡



Lepas lunch tadi anak aku tetiba kata dah lama tak makan puding roti.. dulu ibu selalu buat..alahai hai hai.. dia yang sebut aku yang jadik teringin kekekeke so lepas zohor aku ajak anak aku pi beli barang untuk buat puding roti.. alang alang dah ke mydin tu aku ajak anak aku singgah cimb..anak bujang aku tu dah mula belajar beli barang secara online.. masa dia nak beli tu dok tanya kat aku boleh ke tak boleh ke tak.. aku bagi je lah beli..biar lah bagi sedikit pendedahan kat dia.. bayar pun pakai duit sendiri tu.. heheh.. mula mula aku ada jugak niat nak bayarkan barang yang dia nak beli tu.. tapi anak aku kata takpe..pakai duit belanja sekolah dia ada simpan.. ok.. aku rasa dapat ajar dia sesuatu kat sini..so aku bagi dia beli barang yang dia nak dan biar dia belajar buat bayaran.. nanti barang yang dia beli sampai,  aku hapdet dalam blog.. ^_^




Lepas settle bayar..terus masuk mydin. Sebelah menyebelah je cimb dengan mydin.. aku pesan jugak kat anak aku, ibu bajet ada rm20 je. Cukup cukup beli roti telur susu cheese untuk buat puding.. ye ye je anak aku tu kata tak mintak apa apa barang sekali masuk dalam dahhhh dia nak itu dia nak ini.. hahah aku kalau mengenang hal nih memang geram je... nak tolak tak sampai hati.. tak tolak cemana aku nak didik anak aku berbelanja ikut bajet..Hew hew hew.. merecik peluh di dahi mengenangkan betapa aku sepatut patut patutnya lebih bertegas dengan anak bujang aku nih..



Selesai beli barang..ingat nak terus cabut balik.. konon konon nak terus buat lah puding rotinya...hikhik.. tapi... alang alang dah keluar tu... aku singgah beli tudung aidijuma jap.. heheh.. rasanya sejak bulan puasa hari tu.. aku takde beli apa apa tudung dah.. memang aku sedar tudung aku dah banyak.. membazir kalau beli tapi tak pakai kan..? Ntah lah.. daku terberkenan sangat dengan dua helai nih.. corak dan warna nya nampak cantik kat mata aku.. takpe lah kot kan reward kat diri sendiri sesuatu yang kita suka kan.. ^_^


Singgah beli sate ikan tu kat kedai aceh, cam teringat ingat dan sementara stok masih ada.. bukan selalu dapat jumpa sate ikan yang ada halal macam tu.. aku terbelek dan terbeli dua tiga empat hari lepas kot.. masa nak beli roti.. beli satu setakat nak lepas gian..feveret aku masa kecik dulu.. sekarang susah sangat nak jumpa sate ikan yang ada "halal" kan?



Sampai je umah..  laju laju ambik gambar, nak hapdet blog punya pasal..  :p
lepak kejap ambik nafas rilek rilek sambil tengok tv tunggu hakim siapkan "ntah apa benda" mainan yang ada kat solivite tu.. huhu..tau tau la strategy diorang nak tarik perhatian kanak kanak ni supaya beli air diorang..ikut kan aku taknak beli.. tak sampai hati pulak bila hakim kata kawan dia kat sekolah semua ada..
hhurrmmpphhhhhhh..



Dah.. aku nak habiskan air.. habiskan "cikedis" roller coaster nih.. lepas tu mula buat puding roti yeah yeah yeeehaaaa.. sedap weihh puding roti..! ♡

Kbai ^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.