Thursday, November 5, 2015

Bilik aku, tongkang pecah



Hehehe dulu dulu masa aku masih seorang budak remaja itu lah ayat yang mama selalu cakap bila bilik bersepah,  tongkang pecah.. siyes masa tu aku tak tau amenda la tongkang pecah... hahaha siyes aku tak pernah tengok rupa tongkang... sekarang pendedahan media masa dengan dunia tanpa sempadan dan internet dihujung jari.. aku tau dah la apa maksudnya tongkang pecah tu..hikhik.. dan memang ku akui lah bila bilik bersepah tu rupanya dah macam tongkang pecah... :p


Boring boring takde apa nak buat.. aku pun merajinkan diri kemas bilik.. susun susun balik semua hanger yang dah berterabur bertukar tempat.. lap lap segala ampai dan bakul yang ada.. lap tingkap..vacuum..mop kasik bersih.. bila tengok bilik kemas.. kita pun happy je kan.. aku takde lah rajin sangat setiap hari nak kemas.. rumah aku ada tiga orang je.. takde lah sepah mana pun kain baju.. kekekeke kononnya! Hurrmmm well aku rasa lipat baju tu memang aktiviti yang kurang digemari ramai..bukan aku je!

So... aku ambil pendekatan.. gantung je semua baju aku.. skirt seluar sekali dengan tudung aku gantung.. kalau boleh gantung yang dalam dalam tu pun aku nak gantung je tapi cam tak senonoh pulak ku rasa maka yang dalam dalam duduk la dalam bakul hahah :p


Biasanya aku memang rajin rajin kan diri aku gosok siap siap skirt dengan baju.. bila bila aku rasa macam takde apa nak buat tu.. aku suka gosok siap siap sebab aku jenis makhluk bersiap last minit.. jadi bila dah ada yang siap bergosok tu senang aku capai je.. oh ya.. tudung pun kalau aku ada kesempatan aku gosok siap siap lima enam helai.. senang aku ambik je bila nak pakai..biasa aku gosok menggosok nih hujung minggu lah..


So.. gini lah rupa bilik aku letak kain baju.. ampai untuk kain baju aku je tiga.. haha tak kira lagi dalam bakul rak tu.. aku suka asingkan tudung yang aku dah pakai.. yang aku dah pakai basuh lipat sebab aku ada satu perangai.. bila aku pakai satu satu tudung tu aku boleh ulang yang sama berhari hari. Jangankan tudung baju seluar pun sama. Basuh sidai pakai. Basuh sidai pakai. Aku membesar bukan orang senang weihhh pakaian tak berapa banyak nak ada jadi dah terbiasa.. semenjak dua menjak ni tanpa aku sedar banyak pulak kain baju aku :p jadi aku terpaksa la buat inisiatif begini.. so senang untuk aku bezakan mana yang baru pakai mana yang dah lama tak berusik..gituh.. ^_^



Dalam tiga ampai dan rak bertingkat tu.. aku masih lagi ambik sikit space bahagian baju suami aku.. bahahah..! Takde tempat nak letak beg.. hihi.. bahagian pakaian suami aku semua aku reserved kan hanger warna merah.. untuk aku hanger semua warna hitam.. haaaa kekemasan tu penting gituh... ^_^



Tu lah almari baju umah aku. Takde perabot perabot kayu buat sementara ini. Fobia dan trauma aku belum nak hilang lagi.. kadang kadang ada jugak niat dalam hati nak beli set bilik tidur cantik cantik dengan almari yang besar gedang.. huhu.. no..cannot..not yet.. aku rasa hati aku memang belum cukup sedia. Cukup lah sementara ni dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri.ada ampai macam nih pun dah besar nikmat dah.. Alhamdulillah.

Oklah.. tu jer nak cerita kot..! Simpan kenangan esok esok dah tua aku dah lupa agaknya semua yang aku lalui nih.. panjang umur insyaAllah aku baca balik segala coretan aku nih.. 

Kbye!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.