Saturday, November 7, 2015

Happy birthday aku?

Huhuhu boleh pulak time aku mula nak mengarang...terbit satu macam perasaan gusar..kekekeke lepas tu aku rasa macam ragu ragu nak ke tak nak buat entry nih.. bukan apa.. sejak aku tahu ada makhluk "yang tak puas hati" terhadap apa yang aku belanjakan.. apa yang aku beli apa yang aku makan.. sejak tu lahhh aku memang ada rasa sedikit kekok dan berperasaan pelik pelik bila nak cerita apa aku buat mana aku pergi apa aku makan.. huhuhu.. walaupun sememangnya hidup aku hak aku.. tetaplahhh seboleh bolehnya aku taknak lah kecik kan hati sesiapa kat dunia yang cuma sementara nih kan.. sememang nya masa aku tadika dulu lagi ustazah aku ada bagitahu jaga hubungan baik sesama manusia tu penting.. hidup kita di muka bumi ini mahu mencari keredhaan Allah.

Gituh. Jadik aku gusar dan serba salah dan akhirnya aku pikir.. aku tak buat apa salah kat sesiapa pun.. jika benar apa yang aku share apa yang aku cerita buat mana mana manusia kecik hati..aku mintak maaf lah..ye?



Satu tahun lagi dah berlalu dalam hidup aku.. dan aku harap tahun yang bakal aku lalui adalah lebih baik dari tahun sebelum nih.. moga moga aku menjadi manusia yang lebih baik lagi dari sebelum nih.. dan sebagai manusia biasa memang lah aku harap hidup aku bahagia.. happy.. kesihatan yang baik, rezeki yang halal.. diberkati dan segala yang baik baik dunia dan akhirat.. sehingga waktu aku mengarang nih.. aku sangat happy dengan life aku.. banyak yang Allah beri pada aku dan sesungguhnya daku sangat sangat bersyukur dengan setiap rezeki dariNya..alhamdulillah..


birthday tahun nih.. errr actually setiap kali birthday ahli keluarga aku pun setiap tahun pun memang sini je tempat yang dituju.. heheh..secret recipe.. hari tu masa sijil halal kena tarik sebab nak check kebersihan aku memang agak frust dah hikhik.. mujur memang cuma sebab nak check dari segi kebersihan..dari segi sumber makanan semua takde masalah.. kalau sekali detect ada sumber yang tak halal memang aku takmau pi dah.. macam apa yang berlaku kat satu jenama coklat tu.. pernah jadik kegemaran aku tu.. tapi sampai sekarang aku masih ada rasa ragu ragu dan was was.. maka sampai sekarang aku tak beli..huhu..


Dah nama celebrate birthday  maka kek mesti ada lah heheh.. actually aku suka carrot cake tapi dah habisss.. sob sob sob..mujur red velvet masih ada.. anak bujang aku nih pulak ntah kenapa semenjak dua menjak nih dia suka red velvet pulak.. tak kisah lah.. masing masing pilih kek kegemaran masing masing.. senang.. ^_^ semua orang happy kan?


Lepas tu anak aku order beef lasagna.. antara perubahan yang agak besar kat anak kesayangan aku nih.. dia dah tahu apa nak order.. haruslah aku rasa sedikit sebak.. perbezaan ketara setiap tahun.. daripada cuma makan apa yang aku order.. lepas tu pilih makanan tunjuk gambar..hingga sekarang dah tahu nak sebut beef lasagna.. huhu.. sebak terharu semua ada.. betapa pantas masa tu berlalu..! Entah sampai bila anak aku nih akan ingat birthday ibu dia.. sobsob.. tiba tiba touching kan..! Hikhik.. sindrom meningkat usia kekdahnya hehehe..


Aku order chicken parmigiana.. nyumsss sangat! Aku suka sayur nya.. eehh ehhh "salad" kalau ikut menu lah hahah.. sayur crunchy giler.. ikutkan aku order sebab nak sayur tu je hikhik.. so bila aku dah order..anak aku dah order.. sampai giliran suami aku.. dia kata taknak order apa apa.. aku mula lah serba salah..ehhh.. suami aku nih bajet ke apa.. kalau dia memang bajet aku rela tak order extra food..setakat makan kek pun cukup dah.. tak sempat aku nak pikir banyak banyak tak sempat nak cakap dalam hati banyak banyak tiba tiba dengar suami aku kata "karang awak dengan anak bukan nya habis karang saya jugak yang nak kena habiskan.. kalau tak cukup baru order lagi" hewhewhew.. 

terkelu kejap daku.. betul la tu.. memang biasanya aku tak habis makan pun.. cuma anak aku je kebelakangan ni dah banyak makan so jarang sangat lah kalau order apa apa tak habis.. anak bujang aku dalam proses pembesaran nak jadik remaja lelaki nih memang banyak makan sikit lahhh.. huhu.. so.. okeh..  kita share share la makanan eh.. tak cukup baru order lain ^_^ dan sudahnya..betul lah memang aku tak mampu nak ngabihkan sorang pun hehe :p


Time makan tu biasa lah sembang sembang.. gelak gelak.. dengan anak kesayangan aku nih dah pandai ajak selfie selfie sejak dia ada instagram.. sejak dah pandai upload gambar sendiri.. huhu.. aku layankan je selfie dengan anak sendiri.. anak aku pun dapat ajak ibu dia je lah selfie.. nak ajak kaum bapak selfie?? KahKahKAHKAHkahkah.. memang tak lah..! 



aku rasa memang waktu anak membesar nih memang akan automatically ada rasa gentar takut seram kat bapak bapak kot.. kihkih.. melalui pemerhatian aku lah.. kat anak aku.. anak sedara aku..anak jiran.. anak nko macam tu tak? Bila tengah tengah nak membesar tu tetiba macam ada ruang dan tembok pulak antara dia ngan bapak dia.haaa ada tak macam tu jugak?


Sementara tunggu suami aku bayar..anak aku macam biasa lah mula bukak tab dia layan game.. aku pun apa lagi.. selfie la kan.. kekekeke.. sambil sambil tangkap gambar "bukti" anak aku main game.. bukan nak sembang sembang dengan ibu dia.. hahaha :p zaman sekarang nih memang semua orang lebih kan gajet kan.. personally bagi aku bukan salah anak anak tapi salah ibubapa yang terlalu memberi dan tidak bertegas..kan?


Dah settle bayar tu suami aku datang dengan sebungkus beg plastik.. aku blur kejap..ehh tapau kek untuk aku ke..? Yelah aku kan kalau boleh setiap minggu nak makan kek manis manis nih..tapi seingat aku takde pulak aku pesan apa apa nak take away.. suami aku tunjuk kat aku kalau bayar pakai maybank card dapat free cake dengan ice lemon tea.. aku pun ohhhhhh.. patut lah.. happy pulak rasa tetiba dapat seketul cake free kan.. hikhik..

Ok lah. Tu jer nak cerita kot. 
Thank you husband and son for a lovely dinner ♡ i love both of you so much!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.