Wednesday, November 18, 2015

The Chicken Rice Shop

Begitu formal aku letak title entry tu hikhikhik sebab aku tak tau nak letak title apa lagi dah.. hikhikhik dan aku rasa title straight forward macam tu pun baguih jugak kan.. kot next time aku nak carik balik entry nih senang je nak ingat title the chicken rice shop ni kan kan kan..


Hari tu aku pi carik kasut sekolah hakim.. aku memang suka kasut bata.. tiga kedai aku pi saiz takde..nangis..! Boleh je aku jejak parkson mesti ada stok lagi jenama ben10 la jenama kiki lala ke tapiiiii ntah lah banyak brand dah aku guna sejak anak aku mula sekolah.. brand bata nih je yang aku rasa tahan lasak sikit.. huhu yang lain tu macam cepat jahanam je dengan penggunaan lasak anak aku tu.. so aku gigih lah pikir kat mana lagi ada kedai bata.. watsap watsap sana sini sikit dapat lah info kat tesco kajang ada bata.. haaaaa aku pun tak teringat pulak sebab macam dah lama je boikot tesco kan asyik pi mydin je heheh..
Alhamdulillah memang dapat la kasut saiz anak aku.. hari tu aku dah beli sepasang..nih dapat lagi sepasang complete la aku rasa keperluan pakaian sekolah anak aku..tinggal nak beli buku je lepas tu esok mula sekolah nak beli baju sukan dengan baju kokurikulum pulak..




Settle kasut sekolah tu ternampak la chicken rice shop nih... lepas tu serentak aku dengan anak aku cakap "lama tak makan kat sini kan" hikhik.. dah sehati sejiwa berperasaan gituh.. aku pun cakap kat anak aku jom lah makan.. tak payah ibu masak dinner dah.. ^_^ memula nak makan tu perasaan aku serba salah jugak pasal suami aku kat gym tengah work out anak bini dia nak makan best best pulak kan kekekeke so aku watsap la suami aku sepatah dua kata.. aku tapau kan la kan gituh..




Duduk duduk order pilih nak makan apa sambil selfie sampai lebam.. tak la aku hiraukan orang sekeliling yang pandang dengan muka pelik hahah yelah kenangan aku dengan anak aku  sukati aku la nak selfie cemana pun ye dak..? Kadang aku tak paham dengan orang yang pandang semacam kat orang yang happy nak bergambar.. nko dah taknak bergambar tu dah la mereput la nko diam diam jangan la usha usha orang semacam kan kan kan.. :p hahahah gituh la tetiba aku meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesetengah masyarakat sekeliling yang bajet good good nih..hikhik..





Makanan sampai... hakim terus kata "banyak nya ibu.... boleh habis ke kita makan nih.." aku dah ter errrr errr dalam hati mula pikir banyak ke.. aku rasa tak la banyak mana.. anak aku tu dah banyak makan dah sekarang hahahah dulu dulu memang aku makan sepinggan je share berdua tapi sejak beberapa bulan kebelakangan nih anak aku memang mula banyak makan.. badan tengah nak membesar kot kan kan kan.. 



aku pun jawab la kalau betul tak habis nanti kita tapau la sekali balik kan ada tapau untuk ayah... itu je lah yang dapat aku pikir walaupun aku rasa mesti habis lahhh heheh..



Bila lepak makan berdua je ngan anak aku nih terasa betul dia dah besar.. huhu.. satu perasaan yang aku rasa mak mak je yang paham kot.. sado macam mana pun anak tu membesar di mata aku dia masih lagi baby.. aku masih lagi risau dia tahu tak nak asingkan tulang.. masih dok pesan makan jangan tumpah hikhik padahal anak aku tu memang dah boleh diharap dan tahu jaga diri.. "berat" rasa hati seorang ibu nak lepaskan anak dia membesar hehe..



Dah sampai semua makanan..simpan henpon dalam beg..


So jom makan..!




Sambil makan tu sambil borak jugak.. aku cuba tahan diri aku daripada pegang phone waktu makan.. tu benda yang agak sukar nak dilakukan..sejujurnya kan? Zaman media social di hujung jari nih aku rasa sebagai manusia yang lemah mengawal nafsu.. kalau boleh tangan nih gatal nak belek fb je.. kan kan kan? Hurm.. aku cuba lah.. cuba sebaik mungkin untuk tidak leka.. masa dengan anak yang tengah membesar tu takde ulang dah kan? Aku harap kalian kalian yang membaca nih pun begitu.. waktu dengan anak.. waktu makan waktu jalan kat luar.. setakat ambik gambar je dengan phone lepas tu phone tu simpan dalam beg ok?



Kita sama sama saling memperingati antara satu sama lain ehhhh?  Hehe ^_^
Muka kenyang. Habis semua licin.. kitorang makan pelan pelan.. sambil sembang sambil gelak sedar sedar je habis.. Alhamdulillah.. 
Ok tu je nak cerita..
Kbai!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.