Saturday, May 30, 2015

Masa untuk diri sendiri

Tengok tengok keadaan sekeliling..dengar dengar cerita kehidupan orang sekeliling dan perhati perhati persekitaran di sekeliling hidup aku buat aku rasa sangat sangat bersyukur dengan apa yang aku ada dalam hidup aku.

Aku memang tak hidup mewah dan bergaya dengan segala barang berjenama. Ada smartphone satu nih pun dah happy sangattt.. merasa jugak nak ambik gambar anak atau selfie diri sendiri sesuka hati.. fulltime housewife part time buat online sales dan ye,  aku sangat sangat hargai kehidupan aku..sangat sangat bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri.

Ada ketika tu dugaan melanda..aku tabahkan hati je hadapi. Kuatkan mental dan tabahkan jiwa raga. Sentiasa ingatkan diri aku ujian yang menimpa tu bersebab. Mesti ada hikmahnya. Tengok balik sekeliling ada orang yang menghadapi dugaan yang lebih berat daripada aku..

Kehidupan rumahtangga setiap orang pun tak sama.. kisah rumahtangga aku Alhamdulillah masih bahagia sehingga waktu aku menaip nih.. akan datang aku tak tau lah macam mana kan.. semoga kebahagiaan ni Allah s.w.t pinjamkan sehingga akhir hayat aku aamiin..



Aku pun tak tau la kan kenapa tiba tiba aku nak pom pang pom pang pasal hal macam nih.. asalnya aku nak cerita aku makan ayam penyet yang sedap kat food court giant batu 9 jalan cheras tu ha.. heheh.. ntah lah.. kadang bila aku baca novel, tengok drama mahupun dengar kisah wanita dan rumahtangga.. aku memang akan jadik emo sikit.. ehh ehh.. banyak kot hakhakhak ^_^ tak tau lah pasal apa.. jiwa wanita aku mudah nau tersentuh..
Hurm..

Tu lah dia nya.. apa yang aku patut cerita.. aku dah tak ingat.. selain daripada kisah aku makan ayam penyet yang sedap itu.. huhu.. pasal "masa untuk diri sendiri" ahah..! Kebanyakan isteri dan ibu nih takde masa untuk diri sendiri.. betapa penting nya isteri dan ibu tu dalam institusi kekeluargaan nih..

Macam aku... cukup time kalau aku rasa aku perlu "me time" tu memang aku akan terus terang je dengan suami aku.. Alhamdulillah suami aku adalah seorang suami yang sangat okey *setakat pada masa aku menaip nih lah..akan datang aku tak tau la kot dia berubah*
Kena selalu ingat kan diri aku.. manusia nih berubah.. bukan nak doakan benda yang tak baik.. tak... jauh sangat dari hati tu.. kalau boleh kita semua nih sentiasa doakan yang baik baik saja.. tapi peringatan tu sangat penting.. kan..?

Nih aku pi giant batu 9 nih sebab nak jumpa kawan aku.. dapat jumpa kejap je.. lepas tu aku bergegas nak ambik hakim balik sekolah.. sempat lah singgah beli cool blog..
Ok lah.. aku rasa macam kompius dah nih.. nak cerita hal lain.. lain pulak yang aku ceritakan heheh.. kadang aku rasa dah macam diari dah blog aku nih.. aku buat untuk luahkan perasaan pulak dah kan..



Ok lah.  Babai sebelum aku merapu bebel pom pang pom pang hal lain pulak.. hahah.. :p

Thursday, May 21, 2015

suami garu tapak kaki, bukan kisah malam jumaat

haaaaa... panjang title entry aku dengan tajuk yang cukup jelas , ini bukan entry malam jumaat tapi ini entry lepas geram.. entry lepas geram sorang sorang.. dan semua orang yang sudi baca sampai habis dipersilakan baca... mintak mintak nkorang yang baca pun bakal rasa geram dengan entry garu tapak kaki nih..

kisahnya...

aku nak hapdet entry.. tapi aku tak pandai nak masuk gambar banyak banyak.... aku pandai hapdet satu gambar jer... aku hapdet pakai telefon pintar mampu milik jadik aku tak berapa reti sangat.. setakat pakai apps blogger android tu senang tapi tu lah..dapat masuk satu gambar je lah kan.. maka aku mintak la tolong kat laki aku macam biasa.. dan laki aku kata kejap lagi dia tolong upload gambar,dia nak makan dulu.

lepas makan..

laki aku kata lepas dia balik gym lah.. nanti lepas dia balik gym dia tolong aku upload gambar..

lepas balik gym..

laki aku kata dia solat isyak dulu lepas tu nak makan lepas makan dia upload kan gambar untuk aku..

sudahnya....akhirnya...

dia dah kenyang baiiikkkk punya.. dia kata dia mengantuk sangat esok lah dia tolong upload kan untuk aku gambar gambar tu.... hhuuwwaaaaahhh takkan nko nak bantah laki nko kan..? maka aku pun redha la tutup lampu standby nak tidur...

BoLEh PULAK 

boleh pulak laki aku bukak tepon canggih dia dan mula belek belek fb.. watsap watsap EEEEEE nko takkan paham perasaan seorang isteri kalau nko bukan isteri..bukan lah nko nak marah atau memaksa laki nko upload kan gambar tu sangat... yup bukan hal urgent kan... tapi kalau dah penat tu dah kata mengantuk tu jom tidur la kan... nih sempat pulak laki aku dok belek tepon tu kan... harus lah aku sentap dalam dada pasal aku mintak tolong upload gambar kena tungu esok.. kawan kawan dia watsap watsap kat henpon tu boleh pulak laju je balas.. memang dua perkara yang jauh berbeza tapi naluri wanita nko akan berkata kata "yelah....kawan tu lagi penting dari tolong isteri"

errr... kenkadang naluri kewanitaan tu punya feel boleh terkeluar jugak kat mulut.. dan ia dipanggil adegan merajuk dengan suami diatas katil dalam gelap berteman lampu malap daripada skrin henpon suami nko.. haaa gituh...

boleh tak..?

boleh tak....? 

tengah tengah merajuk buat buat suara sayu lagi sedih tu.. laki aku pi bantai geletek tapak kaki aku... ppppfffffttttttttt 

tapi aku tak boleh nak gelak...! pasal aku tengah merajuk kan... menggigil aku tahan gelak...! geram betul lah dengan laki aku nih tau...! dah tua tua nih lain macam cara memujuk... geletek tapak kaki aku...! yeah.. tak sampai satu minit pun aku dah tergelak pasal geli... kena pujuk dengan suami kan apa cara yang suami kon guna tak kisah sangat.. yang penting dia nak memujuk...  walaupun pujukan daripada suami itu datang dengan cara yang tak terduga..

dah hilang merajuk aku...aku sengeh sorang sorang pulak... aku rasa aku patut tulis kat blog aku nih.. kenangan manis suami isteri cenggini... next time aku rindu rindu kat laki aku bila dia pi kerja ke..pi gym ke.. pi silat ke.. pi nikah satu lagi ke... boleh la aku baca balik koleksi pengalaman manis cenggini kan..

ok... tu je lah aku nak cerita..

hidup rumahtangga cenggini lah.. setiap orang kisahnya tak sama.. dan ini antara kisah yang berlaku dalam hidup aku...

kbai ^_^

Monday, May 18, 2015

Jalan jalan kat melaka

Melaka nih memang negeri favourite aku.. tak dapat nak dijelaskan kenapa.. tapi dari kecik lagi aku memang suka negeri melaka.. banyak banyak kali pergi pun aku tak pernah rasa bosan.. malah kenkadang aku rasa macam bila dah pencen dan bersara nanti aku nak habiskan sisa riwayat hidup aku dengan suami ku kat melaka... memang tak kesampaian la keinginan tu pasal suami teman anak jati negeri perak.. haruslah dia nak menetap kat tanah tumpah kelahiran dia kan..

Letih tak hilang lagi.. tapi bila belek belek gambar yang ada.. terasa ringan je otak aku.. hahah.. yelah senyum sengeh sensorang mengingatkan kenangan manis.. takkan nkorang tak pernah senyum sensorang kan.. banyak je rasanya cerita nak share.. tapi sebagai isteri dan ibu aku kena dulu kan segala yang patut didahulukan..

Trip ke melaka kali nih adalah ihsan dari #kelabbloggerbenashaari nye team.. cik sue yang baik hati bagi aku peluang untuk join blogger blogger buat review pasal agro farm home stay kat melaka.. yeah kerana melaka memang negeri favourite aku maka bagai orang mengantuk disorong bantal laju laju je aku terima tawaran cik sue.. mekasih cik sue...

Lama giler aku tak join event event atau sebarang aktiviti yang melibatkan blog. Sedar blog kita nih tahap ikan bilis je halus dan dengan tak hapdet apa apa cerita pun.. nak berblog ni memang kena fokus dan sindrom malas aku mengatasi segala gayanya.. malas nak fikir banyak weih.. nak mengarang ayat bagai.. huhu..

Cuma lately nih.. memang aku rasa cam rindu nyaaaa nak bebel kat blog aku.. actually aku hapdet je blog cuma semua aku simpan kat draft.. aku tak publish sebab rasa tak nak berkongsi.. rasa tak sedia nak berkongsi.. hahah.. feeling diva sangat macam enam juta rakyat malaysia nak baca blog nko kan dayahhhh.. kihkih..

Well..

Mari lihat lah berapa lama aku mampu bertahan gigih hadap blog kali nih.. seronok tengok blogger blogger yang berkawan baik antara satu sama lain.. masing masing jaga kelakuan dan jaga hati masing masing.. aku nih jenis makcik yang tak reti nak jaga hati orang.. but heiiii.. aku boleh berubah untuk kebaikan.. dulu aku minah rempit sekarang aku minah racer haaaa kan upgrade menjadi lebih baik tu..

Sooo.. aku kena letak target dulu kali nih.. sebelum nih bertahun tahun aku berblog tanpa hala tuju.. main main je kerja aku.. tu pun banyak entry lama aku dah draft kan.. sorok dan ada yang aku delete balik.. ilmu blogging tak banyak mana tapi sedikit pengalaman yang ada tu akan aku guna sebaik baiknya...

InsyaAllah.

Okeh.. aku nak tidur jap.. tengahari cam ni syok tidur.. moga moga dapat ilham nak mengarang kisah kat melaka dengan baik lepas bangun tidur kang.. hikhik..

Babai.

Friday, May 1, 2015

pahit manis

payah sebenarnya aku nak kongsi cerita tentang hal nih.. hanya dengan mereka yang aku rasa dekat dihati dan dijiwa je yang mampu buat aku berkongsi cerita.. menjadi melayu sejak bayi, buat aku cukup sedar dan dalam kepayahan aku akui..bukan semua melayu gembira jika tengok melayu berjaya.. biasanya.. mesti aku ada terdengar dan terlihat akan ada ketidakpuasan hati antara si polan dengan si polan kerana kejayaan.. walaupun kejayaan tu cuma sebesar semut api, yang lebih menyedihkan si polan dengan si polan saling mengenali.. yup.. entah kenapa mesti si polan tidak suka si polan berjaya , cuma si polan saja yang tahu... aku tahu... yup aku tahu satu, si polan tu jenis manusia keji dan busuk hati sebab tu la dia tak puas hati bila si polan tu berjaya... walaupun kejayaan si polan cuma sebesar semut api....

dah kenapa tiba tiba aku rasa nak meluahkan rasa..?

aku sedikit sedih dan kecewa. awal awal aku mula berniaga dulu... aku didekati seseorang yang aku cuma kenal di alam maya, ajak aku share sewa tapak berniaga dengan dia... sebab dia tak cukup modal.. dan kebetulan sangat aku memang nak satu tapak untuk berniaga... walaupun jauh dari tempat tinggal aku... dan masa tu aku masih lagi bekerja sepenuh masa, aku gigihkan jugak diri berkongsi dengan dia.. walaupun perkongsian itu langsung tak nampak macam berkongsi.. hampir kebanyakan masa aku rasa dia cuma mengambil kesempatan pada aku... aku bersabar.. macam macam perkara berlaku.. segala kata kata.. segala perbuatan segala pengkhianatan.. aku simpan kemas kemas dalam otak aku.. aku pilih untuk menjauhkan berdiri..berhenti berkongsi dan simpan semua perkara yang menyedihkan sebab , aku rasa tidak berbaloi untuk aku fikirkan, tak berbaloi untuk aku gaduhkan. dengan rezeki yang Allah beri tak pernah putus buat aku rasa redha, biarlah dia tipu aku, biarlah dia cuma pergunakan aku.. aku betul betul serahkan pada Allah , kerana aku sangat sedar diri , setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. kejadian itu.. buat aku lebih matang, lebih tabah dan lebih kuat..

hurm,memandangkan aku anggap mereka kawan waktu itu, dan aku lebih suka salahkan diri sendiri kerana mudah mempercayai orang yang baru aku kenali , aku akhirnya ambil langkah membawa diri , menjauhkan diri sebolehnya aku tak mau sampai berputus hubungan sillaturahim sesama islam , masih ada dalam hati aku nih rasa tak puas hati dianiaya dan dipergunakan oleh mereka , sehingga kini aku rasa aku masih senyap diam tak berkata kata. masih ada sedikit kesabaran dan ketabahan dalam diri aku..

aku menolak segala kepahitan ketika mula berniaga kerana rezeki yang tak putus putus Allah beri pada aku sekeluarga. memilih untuk berniaga sepenuh masa dan niat aku cuma satu , aku nak bantu tingkatkan ekonomi keluarga.. Alhamdulillah , usaha yang tak putus putus dengan doa (kadang kadang aku tinggal solat juga) Allah beri rezeki yang cukup bukan saja untuk aku kongsi dengan keluarga.. kadang kala sebak sendiri mengenangkan betapa aku bukan hambaNya yang baik, tapi sentiasa diberi yang baik baik olehNya.

memikirkan segala yang baik baik yang ada dalam hidup aku, buat aku redha dengan kepahitan dulu... alhamdulillah buat masa ini aku sangat bahagia dengan hidup aku.. ujian dari Allah sentiasa ada , tapi itu semua adalah peringatan untuk aku supaya sentiasa ingat padaNya.. dan sesungguhnya tiada tempat lain untuk aku mohon pertolongan , hanya Dia semata mata.

hari ini , aku terima cerita yang sangat pahit untuk aku dengar , tapi aku hadapi juga. sekali lagi.. aku hampir tersungkur mahu rebah , mahu melatah menggigil seluruh anggota badan aku mahu marah , terlalu marah hingga menitis airmata.. bila manusia yang aku masih anggap kawan , sekali lagi mahu menikam aku , yeah hampir saja aku melatah , hilang pertimbangan dan mujur... berbual dengan "seseorang" buat sakit hati ku reda.. lama aku fikir.. semua ni kerana perasaan hasad dengki... sakit hati dengan apa yang orang lain miliki , mungkin..? entahlah...

kesal kerana tidak berhati hati daripada awal. kesal kerana salah memilih kawan.

tapi ini semua yang buat setiap orang semakin dewasa...

bukan dia saja yang melakukan kesilapan.. aku pun ada buat silap. semua manusia ada buat silap.

selagi aku boleh bertabah. dan semoga aku akan terus tabah. dan sabar.

pahit manis dalam berkawan dengan manusia... heh.. ^_^

sekali ini panjang lebar aku luahkan isi hati. mungkin lain kali aku akan delete entry ini. ianya lebih untuk diri aku sendiri. untuk aku ingat.supaya lebih berhati hati.

lebih banyak manusia jenis kawan makan kawan dia akhir akhir zaman nih...

hurm.... lama gila dah tak hapdet blog..
^_^