Tuesday, July 7, 2015

belajar cara buat tempoyak mudah

sekarang kan musim durian, kat mana mana pun berjalan mesti boleh nampak durian.. dan hantu durian macam aku nih... boleh kata setiap minggu mesti nak makan durian..heheh.. satu keturunan aku rasanya semua memang hantu durian.. dan biasalah.. tengah musim durian nih lah kita simpan durian yang terbaik untuk buat tempoyak kan.. zaman sekarang nih dah ramai orang tahu buat tempoyak sendiri..senang sangat cara buat tempoyak nih..


memula... beli durian.. bahahah.. okey nkorang tak rasa kelakar ehh.. heheh.. okeh.. memula asingkan durian daripada biji nya... aku suggest kat nkorang kalau boleh guna durian yang elok la untuk dapat tempoyak yang best... kebanyakan orang guna durian tua untuk buat tempoyak kan...yang masih sedap fresh kita balun makan puas puas ye dak.. well.. terpulang... aku suka guna durian yang masih fresh.. maklumlah buat tempoyak untuk memikat hati suami.. haaa dah kira macam satu tips tu.. cara memikat hati suami.. bukan sekadar masak makanan kegemaran dia malah sediakan bahan yang terbaik untuk dia.. so.. berbalik pada kisah kita.. cara nak buat tempoyak ..

lepas asingkan durian daripada biji tu.. taburkan garam dan gula secukup rasa.. aku suggest kat nkorang tabur sikit sikit...selang seli garam dan gula tu.. bergantung banyak mana isi durian yang nkorang ada untuk dijadikan tempoyak tu... alahai... dah gaul sebati durian tu dengan garam dan gula.. nkorang rasa lah secubit.. kalau masih tawar..tambah lah sikit lagi garam tu... pepandai bajet ikut citarasa sendiri.. tak payah banyak sangat garam dan gula pun takpe.. kemudian boleh tambah kan..


siap gaul sebati semua.. simpan durian tu dalam bekas kedap udara.. make sure betul betul kedap udara tau.. aku simpan kat dalam bekas tau fu fa je.. Alhamdulillah bertahun dah aku buat tempyak cara nih.. sentiasa menjadi macam yang aku nak..

oh ye... sila rajin rajin check bekas yang nkorang isi durian tu ye.. dalam proses durian tu nak bertukar menjadi tempoyak..biasa nya akan keluar cecair yang aku pun tak tau datang dari mana.. buang jer air tu.. kalau boleh tak mau bekas tu berair atau lembap.. so tak masuk petiais pun takpe.. simpan dalam suhu bilik.. tak panas dan tak sejuk.. yup.. memang tak perlu masuk peti ais.. opah aku dulu mana ada peti ais tapi setiap kali balik kampung tempoyak memang gred AAA... mabeles.. hikhik..


ingat tau... rajin rajin setiap hari check bekas tempoyak tu dan buang air yang ada kat dalam tu.. dua hari sekali pun boleh... nak jaga mutu dan kualiti tempoyak home made nko...hihi.. tak perlu lah pulak nkorang sampai dua tiga jam sekali pi check bekas tu hehehe..tapi kalau nkorang first time buat tempoyak... aku paham lah...memang perasaan eksaited kan nak tunggu tempoyak nko menjadi heheh..

biasanya....paling cepat pun nko nak kena tunggu seminggu lebih sikit lah..dua minggu cenggitu untuk nampak hasil tempoyak tu... arwah opah aku kata...tempoyak nih boleh tahan lama kalau pandai simpan dan pandai jaga... rajin tukar bekas dan buang air air wap tu..insyaAllah lama tempoyak tu boleh disimpan..

dan aku dah try sendiri... paling lama aku perap tempoyak sebulan lebih... memang lebih sedap rasanya.. yang penting...pandai jaga..

haaa.. gitulah cara aku buat tempoyak .. 

okeh der..babai..!