Wednesday, September 30, 2015

Nan cheese terbaik kat KL


Apa yang aku rasa lah.. heheh.. tapi setiap kali aku rekemen kat sesiapa pun makan nan cheese kat sini.. tak pernah lagi dengar orang tu kata tak sedap.. tak best.. tak power.. komen yang aku dengar semua yang positif positif je.. menguatkan dan mengukuhkan pendapat peribadi aku bahawasanya ini lah restoran nan cheese terbaik yang ada kat KL.. heeeeee ^_^ ikut hati aku nak kata terbaik kat malaysia.. risau pulak rakyat negeri lain kecik hati.. heehee..



Aku sampai awal lagi.. ngam ngam maghrib terus tuju sebelum ramai orang.. tempat nih makin malam makin penuh.. selalu aku beli bungkus je makan dalam kereta.. kali nih pergi aku nak makan kat situ sebab nak makan kari kambing nya.. nak try nasi beriyani sekali.. dah banyak sangat nak makan nya maka kita makan kat situ je lah terus.. at least pernah merasa suasana makan kat restoran rsmy nih.. ok lah aku puas hati sebab servis nya laju.. maybe sebab orang belum ramai.. tapi ada je kedai makan yang takde orang sangat tapi servis krik krik krik jugak kan..





Kari kambing nya Pergghhh betul punya power.. memang merecik peluh di dahi.. sedap kemain.. memula aku agak terkujat sebab aku tengok harga cam mahal je daripada biasa kihkih.. sekali bila makan sedap pulak.. terus komen aku bertukar jadik lain..aku rasa murah lah harga kari kambing nya sebab banyak dan sedap.. haaaa rezeki aku masa tu lah kot kan.. orang lain dapat cemana aku tak tau lah.. aku takde kesempatan nak belek meja sekeliling.. ^_^



Nasi beriyani pun sedap jugak..! Haishhhh memang berbaloi luangkan masa dinner kat sini.. puas nafsu makan tu hakhakhak.. yelah... ada je tempat yang rupa nasi beriyani kemain gempak sekali rasa pppfftttt... yang nih okey.. memang memenuhi citarasa aku yang cerewet nih...



Nan cheese..! Memula nak letak gambar yang nampak cheese meleleh baikkk punya.. pikir balik tak jadik lah.. rasa keji pulak nak buat orang terliur hikhik..
Kesimpulannya aku happy lepak lepak dinner kat sini.. dan dengan pengalaman manis aku kat sini.. aku rekomen lah nkorang yang mencarik nan cheese sedap tu untuk datang dan try sendiri..



insyaAllah ada rezeki aku mesti datang lagi.. insyaAllah..



burpp.Alhamdulillah.

Sesekali dinner kat luar macam nih.. masih under bajet.. boleh lah untuk keluarga yang hidup sederhana macam kami nih.. kan..kan..kan..


Monday, September 28, 2015

Teringin makan kek

Heheh.. itu lah perangai aku hampir setiap minggu mesti nak makan kek.. kalau rajin sikit aku buat sendiri.. agak agak malas aku pi lah beli jer..


Bulan nih ikut kan aku makan kek lebih dah daripada sepatutnya sebab ada birthday adik aku dengan birthday mama. Tapi tu lah.. anak tekak agak mengada.. cukup time je gatal gatal merembes air liur teringin teringin nak kek.. semalam dekat pukul sembilan.. otak dan perut serta anak tekak bersama nafsu menghantar isyarat sesama sendiri hahahah.. giler ayat sains.. bangga cikgu sains tingkatan satu aku nih kekekeke...



Suami aku kat gym..cuma ada anak aku je.. jadik lah.. aku ajak teman pi beli kek.. lepas tu anak bertuah tu ajak aku makan je kat situ.. tengok jam dekat pukul 10.. kawasan sekeliling dah mula sunyi.. aku risau jugak.. tapi terpandang kek yang nampak menawan alahaiiii.. boleh lah... tarik kerusi terus menikmati kek kat situ juga..


Actually tak teringat pun nak ambik gambar bagai.. dah tua kan.. heheh tapi anak bujang aku rajin pulak nak hapdet insta dia... kemain mintak aku ambik kan gambar.. huhu.. terasa betul baby yang aku kendong itu telah mula menunjukkan ciri ciri berubah kepada remaja..
Settle makan kek, tengok jam sepuluh setengah.. dah alang alang keluar aku ajak la anak aku pi mydin kejap.. aku nak beli barang dapur sikit.. top up bawang bawang rempah ratus gula garam sikit..



Syok betul beli lewat macam tu.. takde orang langsung... eh..eh.. ada la..sorang dua manusia..yang lain semua pekerja mydin tengah susun susun sapu sapu kemas kemas.. first time aku nengok mydin buat house keeping.. kalau dulu harus semangat aku ambik gambar sana sini nak hapdet dalam blog.. hahah.. sekarang dah tua tua nih.. dah pandai segan segan dah... hahah takde lah aku nak ambik gambar tak tentu pasal dah..
Gambar anak je yang aku tak segan nak ambik kat mana mana pun.. hikhik..

Macam tak berapa puas hati lah beli bawang kentang halia kat mydin semalam.. :( last week aku beli kat pasar malam terasa fresh segala barang tu.. huhu.. hujung minggu nih nak cuba luangkan masa jejak pasar malam.. walaupun panas tanpa penghawa dingin takpelah.. puas hati beli barang barang semua fresh..


Ok lah..
Babai..!


Thursday, September 17, 2015

Malasnya aku

Nak buat apa pun malas. Heheh.

Takde lah aku malas malas tu tak bersebab. Punca malas adalah sebab aku kurang sihat... bila kurang sihat..kurang tenaga..bila kurang tenaga.. rasa nak makan tidur makan tidur je lah..Gitu lah..

Hari ni jerebu kat area umah aku tak berapa kuat.. sejak pagi hujan turun sampai tengahari.. udara jadik segar sangat.. sampai anak aku pun sedar dia hirup udara segar.. terus ambik kesempatan ajak aku pi turun kolam.. lama tak berenang dah katanya..
Tengahari aku tapau nasi, terus tapau sekali lauk untuk makan malam. Dengan nasi putih pun aku beli je.. nak masak nasi pun aku rasa takde tenaga..



ikut hati malas nak teman anak aku ni berendam dalam kolam.. tengok muka dia tak sampai hati pulak.. kang mana tau esok lusa jerebu kuat balik.. huhu.. aku gagahkan jugak la diri aku teman dia.. awal awal aku dah cakap setengah jam je main air tu.. mujur gak anak aku nih dah besar..dah boleh paham ibu dia kurang sihat.. cukup setengah jam aku panggil naik.. laju je dia naik.. heheh..



Tetiba terasa dah besar pulak anak bujang aku nih.. kalau dulu kecik kecik bila dapat main air tu.. takde makna la setengah jam.. hahah.. tak lama lagi aku dah tak perlu teman dia jika dia nak berenang... hurm.. dulu anak aku kecik aku rasa tak sabar nak tunggu dia besar.. sekarang dia dah makin dewasa..aku pulak rasa macam..kenapa cepat sangat kamu membesar wahai anak.. heh.. manusia kan.. tak pernah nak puas hati.. cam nak lempang diri aku sendiri.. takmau hidup tak tau bersyukur.  Allah bagi banyak nikmat. Aku kena syukur.

Hurm.

Sempat jugak la aku pi singgah pos parcel kat customer,  lepas tu singgah kedai tupperware beli botol air untuk hakim.aku beli botol besar sikit tengah tengah musim jerebu cuaca tak menentu nih.. aku nak kalau boleh biar la habis sebotol air tu... nampak pulak orang jual keropok roda tiga tu.. heheh aku panggil keropok roda tiga.. rasa macam lama tak makan.. dua bungkus tu sepuluh hengget... boleh lah..


Huhu..

Banyak benda yang aku nak buat jadik tergendala. Aku nak habiskan gosok semua baju dan ambik gambar. Lepas tu aku nak pi usha kain untuk skirt . Lama dah tak jual skirt.. customer aku dah ada yang mula tanya.. kak dayah dah tak mau meniaga ke?
Ikutkan memang aku rasa macam dah malas nak meniaga. Heheh. Penat. Bila cerita pada dua tiga orang kawan dan ahli keluarga,  diorang kata sayang kalau aku stop sebab dah ada customer. Dalam kepala otak aku.. takde lah sampai aku nak stop terus. Cuma aku buat secara sambilan je..aku dah takde nafsu nak berniaga sepenuh masa.. 

sejak awal berniaga aku tak pernah niat nak jadi jutawan.aku cuma nak ada pendapatan supaya aku boleh berhenti kerja dan dapat jadik surirumah dapat tengok jaga anak aku..
Sekarang.. anak aku dah besar..tahun depan dah darjah empat..aku rasa macam nak kerja balik pun ada.. tengok lah cemana kan.. asalkan aku buat sesuatu yang aku suka.. tak sampai aku jatuh rugi.. hurm.. nampaknya aku kena pikir bebetul nih.. kalau nak kerja dengan orang semula..aku takkan bebas bergerak kesana kesini macam sekarang.. heheh..
Aku tengah tak sihat. Otak aku tengah mamai. Esok dah sihat aku kena pikir pikir balik bebetul.

Minggu depan raya haji. Aku tak kemas beg lagi..tak siap baju raya lagi.. huhu.. tak tau lah suami aku nak balik kampung ke tak raya haji nih.. haaaa kalau aku nak kerja..aku kena ingat tak boleh dah nak cuti cuti suka suka hati.. hurm..hurm..
Tidur dulu lah..

Subuh kang bangun harap harap sihat sikit dah..aamiin..!