Monday, January 25, 2016

tahun 2016 ini

Kali pertama aku hapdet untuk tahun 2016 nih... dah nak penghujung bulan dah... baru aku rasa ada mood nak pom pang pom pang bercerita.. kalau ikut hati banyak je benda aku nak sembang dalam ni banyak je gambar yang aku ada ambik nak simpan buat kenangan tapiiiiiiiiii aku takde mood nak hadap dunia internet maka segala apa yang aku rasa nak cerita tu nanti nanti lah baru aku cerita..

Oh ya... bila aku cerita nanti aku akan susun jugak ikut tarikh so jika nkorang terbaca entry ni...yang kali pertama aku hapdet untuk tahun 2016 nih... sekali tengok ada pulak entry lain sebelum nih... tu adalah sebab aku letak tarikh pada hari kejadian... sehari dua lepas hari kejadian.. bukan apa.. blog aku sekarang memang aku khas kan untuk diri aku sendiri je.. sebab tu sekarang orang luar sana dah tak boleh nak komen ^__^ so bila aku blog untuk diri sendiri ertinya cerita yang aku nak mengomel semua pun untuk diri aku je so bila aku rajin nak hapdet cerita harus lah aku ikut tarikh yang sepatutnya sebab esok esok dah tua insyaAllah jika panjang umur aku jugak yang nak baca balik segala apa yang aku pom pang pom pang kan.... dan aku saja tak private blog sebab....... apa yang aku nak sembang kan bukan lah cerita peribadi cerita dalam kelambu cerita dalam kain segala.. aku sembang hal biasa hidup sehari hari seorang wanita.. (teringat pulak sahabat aku nama wanita hehe ♡rindu awak che ta)

Ok.. so antara sebab utama aku tak private kan je blog ialah kalau aku private kan nanti duit nuffnang tak masuk la bahahahahah.. semoga alasan ini dapat diterima ramai sebab aku cakap benar nih.. kalau tak sebab nak side income dari nuffnang tu memang lama dah aku private kan blog aku.. senang sikit nak cerita hal dalam kelambu kan.. tak tau la sampai bila tapi sementara ni aku masih happy tengok earning nuffnang walaupun tak banyak tetap lahhh rezeki ye dakkk?

Permulaan tahun 2016 aku Alhamdulillah baik baik je.. keluarga.. dan kerja.. semua nya okey.. tak ada yang luar biasa.. aku cam biasa happy hu ha hu ha aku.. nanti nanti lah aku rajin sikit aku nak cerita details sikit pakej dengan gambar sekali aktiviti aku sepanjang januari 2016 nih..

Tu je lah kot setakat nih.. semoga moga moga angin nak mengarang muncul lagi.. hehe aku pun kalau boleh taknak ka gambar tinggal gambar.. kalau boleh gambar yang ada tu semua aku nak tempek kat sini tapi kalau nak tempek gambar saja saja tanpa cerita baik aku haplod simpan kat fb je kan.. tak pun biar simpan je dalam folder phone ni.. heheh.. yeah hopefully angin rajin akan datang lagi....
Ok..bye!

Ni lah antara aktiviti aku petang petang dua tiga empat hari sekali teman budak bertuah ni main air..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.