Friday, January 22, 2016

Teman hakim mandi kolam

Tu memang antara aktiviti tetap aku setiap minggu.. meneman budak hensem ni mandi kolam.. biasanya petang jumaat la.. sebab dah last day sekolah.. kadang hari biasa pun dia ajak jugak aku teman dia berendam tu.. kalau aku balik awal aku teman jugak.. budak budak memang suka main air kan.. Alhamdulillah anak aku jenis yang boleh paham kalau aku kata 20 minit je.. dia tak de la tarik muka sebab sekejap sangat.. sesetengah anak anak tu...nkorang pun paham paham la kan cemana boleh mengamuk kalau kehendak tak dituruti.. aku malas nak cakap lebih lebih sat gi anak aku yang dengar cakap tu berubah pulak perangai kan.. setakat ni sungguh la aku sangat bersyukur di hadiah kan anak yang memahami dan mendengar kata..






Dan disebabkan hakim ni dengar kata la aku selalu tak sampai hati pulak nak hampa kan dia.. hahah.. yelah.. dah kalau setiap kali turun kolam tu aku bagi 15 ke 20 minit pun dia okey je.. takde sebab pulak aku nak tolak setiap kali dia ajak aku teman tu.. bukan lama pun kan.. nak lepas dia turun sorang sorang aku pulak tak berani.. huhu.. gitu lah.. antara aktiviti riadah anak aku.. berenang..



Kadang kadang seminggu tu tiga empat kali.. ada masa dua tiga minggu langsung tak turun dah aku busy nau nau.. kalau teman petang petang cenggini kerja aku nengok dia.. amik kan gambar dia.. amik kan video la.. lepas tu aku pun selfie selfie selfie sampai lebam..hihi..



Biasanya lepas je mandi kolam.. anak aku mesti lapar.. walaupun main air tu kejap je.. mesti dia nak makan... simple simple pun takpe.. asalkan ada makanan.. biasanya kalau nasi lauk ada lagi memang aku bagi dia makan nasi je lah.. kadang aku balik petang tak sempat nak masak lagi aku buat roti telur je.. paling senang.paling cepat.paling mudah.gitu..




Ok.bye.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.