Thursday, March 31, 2016

Dah lama tak cerita pasal silat

Aku belek belek folder... nak delete gambar... sebab hp aku tak cukup power nak tampung banyak banyak gambar.. so scroll sana scroll sini nampak ada banyak sangat gambar silat yang aku ambik untuk kenangan anak aku bila dia besar nanti... semua dah selamat aku transfer tadi dalam fb dia.. then aku terfikir yang dah lama sangat aku tak cerita apa apa pasal silat..

masa nih on the way nak pi johor..  muka je senyum dalam hati ppppfffttt..
Aku ingat nak habiskan cerita pergi pangkor.. tapiiiiii hati kuat berdetak nak hapdet sedikit kenangan tentang silat sementara masih aku ingat.. sementara aku masih bernafas.. moga satu hari nanti bila aku dah takde kat dunia nih.. anak aku tak rindu aku sangat.. anak boleh baca blog ibu dan ada banyak benda yang ibu cerita kan kat blog nih..Dah lama tak de hati nak cerita pasal silat sebab hati terluka dengan kelab yang lama.. hurm.. sesuatu yang aku taknak ingat dalam masa yang sama ia tidak patut dilupakan untuk dijadikan pengajaran.

Keluarga silat baru mereka.

kenangan dengan DRAM, anak aku memang rajin ajak pak andak selfie.
setahun lebih yang lepas suami dan anak aku bersilat kat tempat baru. Kenangan pahit yang diberi oleh kelab yang lama tu buat aku berat hati nak terima keluarga baru suami dan anak aku nih. Hoiii giler tak berat hati..? Time duka gundah gulana sedih ralat berairmata, aku je yang ada dengan suami dan anak tu... jujurnya hati aku tak kuat tapi dengan apa yang terjadi waktu tu aku tabahkan hati aku dan tak putus putus doa pada Allah agar beri ruang yang lebih baik pada suami dan anak aku dalam dunia silat.
sukati aku je suruh anak aku menyelit kejap masa diorang nak bergambar.. heheh.. siapa mereka nak menidakkan hak anak aku untuk bergambar sekali dengan ayah dia kan..? Setakat gambar kalau cikgu cikgu silat ni nak herdik anak aku memang aku herdik balik lah..ahahah serius lah ni lantak ler diorang garang ke apa ke sebab esok anak aku besar laki aku tua hubungan dan kenangan tu diorang tak boleh ganti pun kan.. aku cakap je lah tapi sepanjang aku ikut majlis silat mereka tak pernah lagi la aku dengar ada mana mana guru silat yang marah jerkah anak murid nak ambik gambar kenangan.. ^_^
Alhamdulillah. Lepas lebih setahun, lepas melihat dan menilai keluarga silat suami dan anak aku yang ini, hati aku rasa happy.. setakat saat aku mengarang nih, aku rasa ukhuwah yang ada antara mereka tu.. sesama mereka tu.. hubungan yang baik.. tidak ada rasa tak sedap hati, tidak ada rasa ragu ragu.. cuma sesekali timbul rasa gusar.
Bagi aku bersilat tu bukan saja dilihat zahirnya. Selain amanah dan ilmu, nilai agama sangat penting dan bukan semua orang lulus dalam menjaga nya . Aku tak kata yang aku sempurna. Cuma sebagai isteri dan ibu, mata kita memerhati dari sudut berbeza. Untuk kebanyakan isteri dan ibu, kita tak happy tak apa, yang penting suami dengan anak.
Hurm.

salah sorang cikgu anak aku sekarang. Kali pertama anak aku cerita pasal dia.. aku tengok muka anak aku tu berseri seri semacam..  pergghhh aku tak pernah lagi la tengok anak aku cerita pasal seseorang yang mengajar dia dengan penuh semangat macam tu pulak cerita semua yang baik baik je.. memang dah jadi idola sangat nih.. tak silap aku lepas beberapa bulan kot anak aku bergelanggang baru, aku paksa hati diri aku pi jengah dan tengok.. lepas tengok sendiri orang yang menjadi idola anak aku nih.. sebagai mak mak aku lega lah.. jelas jelas yang cikgu awie nih budak baik..setakat yang aku nampak la..  seorang anak murid yang setia aku rasa boleh jadi pendidik yang berhati mulia.. maka aku pun bagi la approval kat anak aku nak jadikan cikgu awie dia ni sebagai idola 

minggu lepas aku ke johor. Gigih dengan anak aku sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bahagi kepada suami aku yang menerima sandang. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, beberapa kali airmata aku menitik. Betul betul aku teringat banyak perkara. Banyak benda. Betapa sukar masa yang aku lalui.

aku cuba senyum untuk kenangan manis anak aku walau dalam hati aku.. jauh dalam hati aku rasa sunyi sebab ada kat majlis orang.. heeee ^_^ Allah saja tahu betapa sunyi nya hati.. aku harap secebis kenangan dan pengalaman ini sentiasa tersemat kemas dalam kotak ingatan aku.. rasa jauh hati tu.. aku ingatkan diri aku yang selalu lupa supaya sedar diri.. 

Teringat saat sukar.Teringat kata kata yang orang lemparkan.Teringat tidak ada seorang pun yang suami aku anggap teman..yang suami aku anggap sahabat datang berdiri dibelakang waktu dinista.. Sedangkan apa yang suami aku beri dan korbankan untuk kelab itu bukan sikit. Maaf tiada niat untuk mengungkit. Ia cuma secebis kenangan yang aku nak buang jauh. Susah sangat nak cerita. Susah sangat nak berkata kata sebab masih ada hati yang perlu aku jaga.

aku panggil diorang nih keluarga suami aku.. cemana aku ambik gambar elok elok cantik cantik bagi semua orang nampak segak.. macam tu lah aku doa mereka sekeluarga yang baik baik.. sebagai orang luar aku perhati dari tepi je lah tolong ambil gambar.. sedar diri aku bukan ahli persatuan seni silat pusaka gayong.
Tapi inilah sisi sedih dalam hidup aku.. sesungguhnya waktu gembira waktu gelak ketawa tu nko nampak ramai orang sekeliling suami nko..tapi bila tiba waktu sukar bila dilanda kesusahan yang ada cuma diri nko dan anak nko... huhu.. betul betul dari hati aku lah.. sepanjang perjalanan pergi balik tu betul betul banyak airmata aku jatuh.. banyak benda aku fikir.. tambah pulak ada satu insiden yang tak sepatutnya berlaku tapi telah berlaku yang buat aku lagi sedih selepas penat marah..adui..rasa nak menangis lagi sekali teringat perasaan sedih itu..huuu..

kiri dengan kanan tu aku tengok muka masing masing eksaited sangat bergambar dengan legend. 

Hurm..memang tak pasti berapa lama aku akan ada di sisi suami aku. Dah tentu selagi aku masih isteri dia, saat jatuh nya aku akan sentiasa ada untuk dia.

Aku tak kisah kalau saat bangun dan saat gembira dia aku takde.. Mesti lah sedih tapi... demi orang yang kita sayang, sedikit pengorbanan tak salah kan? selalu aku pujuk hati aku supaya jangan berkira dengan suami sendiri.. hak dia untuk memilih luang masa gembira dengan sesiapa yang dia nak.. selalu aku pujuk diri sendiri supaya redha.. aku rasa kebanyakan isteri pun mesti ada rasa macam aku.. aku yakin para isteri paham perasaan dan maksud aku..

masa ni on theway balik dari johor..singgah r&r aku rasa lapar sangat.. dok ralit layan hati yang sedih tak perasan yang aku tak makan langsung seharian tu.. betul betul naik kering airmata baru aku sedar aku lapar hehe.. tu pun aku tak dapat nak makan jugak.. penuh r&r tu.. duduk kejap tengok kedai yang bukak tak banyak.. orang yang order ramai.. huhu dengan tenaga yang tak berapa nak banyak memang tak larat aku nak ngadap  maka aku masuk dalam kereta balik.. singgah beli roti kat petronas je..ok lah alas perut.. ^_^ mujur anak aku kenyang sebab sebelum balik memang aku dah make sure dia makan kenyang kenyang..


dengan keluarga  silat baru suami dan anak aku ini... aku betul betul harap tiada lagi sengketa tikam belakang. Aku dah serahkan kepercayaan dan rasa kasih.. aku harap tidak ada perkara yang melukakan hati terjadi.


yang mungkin tak faham apa cerita sebab nkorang tidak ada dari awal cerita, aku harap nkorang yang membaca tidak buat rumusan sendiri ye! Maybe one day I'll write the whole story.  Apa yang ku karangkan hari ini sekadar bingkisan hati dan cukup untuk anak aku fahami.



Yes kamu anak. Memang kelab lama itu telah melukakan. Saat ini kamu masih kanak kanak. Ibu masih lihat ada perasaan marah walau berapa kali ibu pesan pun kamu masih ada rasa marah pada mereka kerana apa yang mereka lakukan. Dan ibu nak terus pesan.. moga satu hari nanti kamu baca ini dan kamu cukup dewasa untuk fahami. Jangan simpan dendam dalam hati. Walau mereka sudah melukakan. Ingat tetap ada kebaikan yang pernah mereka lakukan. Bila anak dah cukup matang. Maafkan mereka ok?

Ok. Tak tau bila lagi aku akan cakap pasal silat. Just for now, aku harap gelanggang baru anak aku bersilat ni tak jadi tempat maksiat. Ahahah.. terus terang sangat ayat aku nih kan? Sebab kat tempat lama dulu aku tengok lelaki dan perempuan selamba je pegang pegang dengan alasan belajar.heh!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.