Wednesday, March 23, 2016

Masa sedih

Aku rasa diri aku ni seorang yang malas fikir banyak. Kalau boleh aku nak hidup happy je. Maka disebabkan itu jika ada perkara atau orang yang menyakitkan hati aku .. aku akan pilih untuk maafkan dan lupakan..

Kerana jugak aku sedar diri aku bukan manusia yang sempurna serta baik serba serbi..buat aku selalu fikir tak ada sebab untuk tak maafkan orang lain.

Dengan ini aku selalu hidup happy.

Cuma ada masa masa akan timbul juga waktu waktu yang menyedihkan itu. Dan hari ini adalah salah satu daripadanya. Seratus kali aku menuding jari untuk letak kesalahan pada orang lain, tetap jauh dalam dasar hati aku asyik ingatkan diri aku yang ini adalah salah aku . Perkara yang menyedihkan ini berpunca dari aku dan aku pun ingatkan diri sendiri tak semua orang macam aku. Mungkin aku tak simpan dalam hati setiap kali orang lukakan hati aku.. tapi orang lain leyyy?

Tak semua orang macam aku.

Hurm.

Seriously aku sedih.

Biasanya aku taknak ingat hal yang buat aku sedih.
Cuma kali ini..
Aku rasa aku patut ingat.
Patut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.