Friday, April 1, 2016

Asingkan duit

Haaaa... ini lah kerja aku setiap bulan kebelakangan ini.. dok asingkan duit nak bayar itu nak bayar ini.. pergghh terasa macam banyak pulak yang nak bayar bunyi nya hikhik.. biasanya aku asingkan duit belanja untuk beli barang basah tu.. duit belanja hakim pun aku akan siap awal awal asingkan..



Anak aku belanja 3hengget sehari.. sejak awal tahun hari tu hampir setiap hari dia ada bawak balik baki.. tabung dia dah naik penuh dah.. aku tengah pikir pikir nak beli tabung baru atau ambik keluar dulu duit dia dan simpan asb.. Huhu..



Lepas tu duit untuk beli barang basah.. aku memang bajet lebih kurang 50hengget la seminggu untuk kami anak beranak kat umah nih.. biasanya tak sampai pun 50 hengget..setiap minggu aku boleh simpan 10 ke 15 hengget jugak lah.. kalau rajin masak nko memang boleh jimat banyak..percayalah....



Lepas tu buat kira kira dan asingkan duit untuk barang dapur yang kering kering tu macam milo susu biskut dan segala macam bawang rempah ratus serta makanan makanan tambahan yang aku kena beli jugak sebab suami dan anak aku jenis mencari makanan ringan.. belum kira bajet untuk beli segala sabun..huhu.. banyak barang keperluan harian yang kena ambik kira penting tak penting sebelum nak beli tu..



Lepas tu asingkan duit belanja sendiri.. untuk petrol..untuk tol.. untuk nak makan luar.. untuk shopping......hikhik.. aku tak tau lah nkorang tapi sejujur jujur nya aku mesti ada je benda nak beli setiap bulan.... heheh walaupun aku dapat shopping sehelai tudung yang berharga rm5 pun aku dah happy sangat dah..janji shopping!
:p



Hujung hujung bulan..biasanya aku serah balik kat suami aku segala balance duit yang ada.. duit petrol ke duit barang dapur ke sebab bagi aku tu semua bukan duit nafkah tapi duit yang dia amanahkan kat aku untuk beli barang keperluan.. kecuali baki duit belanja sekolah hakim itu memang masuk tabung hakim lah kan.. sehingga semalam tak silap aku empat kali dah hakim ada bawak keluar duit tabung dia.. dia dah besar dan aku terasa sangat yang dia dah tau nak berbelanja huhu.. berat nau rasa hati mengenang anak makin membesar dan nak "lepaskan" dia adalah sangat sukar!



Ni lah kerja aku biasanya setiap bulan kebelakangan ini.. bab rumah kereta bil unifi maxis elektrik air mahupun wang simpanan atau wang kecemasan semua aku memang tak ambik tau..  bukan bidang kuasa aku tu..

So.. saja update hal nih.. tergerak hati nak tengok setahun lagi.. cemana pulak cara aku uruskan duit belanja tu semua..huhu..

Cemana agaknya keluarga lain? Adakah duit belanja dapur duit belanja umah nkorang sama dengan duit nafkah?  Kalau dapat sekali untunglah..! Boleh la nkorang simpan kalau ada baki daripada perbelanjaan tu..
Macam aku..... memang aku pulang balik lah...  bukan hak aku, aku tak ambik..
Kbai!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.