Sunday, April 17, 2016

dilema isteri orang bersilat

ada banyak sangat perbezaan dan jurang yang besar diantara seorang pesilat dengan orang yang bersilat...  nak cerita saja saja memang tak cukup 250 patah perkataan... kalau aku dalam mood membebel maybe pejam sebelah mata pun aku boleh settle 2500 patah perkataan but currently i`m not in that mood.. aku takde hati nak membebel.. heheh..

hari tu masa ikut suami aku pi silat.....  terasa berbaloi betul masa yang aku korbankan tu.. dah lama tak tengok suami aku sparring secara serius... dapat pulak tengok suami aku tu sparring partner dia best... sama sama memberi.... lain nampak hasil dia... sebagai pemerhati yang setia untuk bertahun-tahun lamanya... aku rasa macam nih kali pertama aku macam betul betul terkaget tengok mereka sparring... tu pun baru berlatih gitu gitu je.. dalam peringkat try and error lagi..


actually masa suami aku bagitau aku dia bakal buat demo dengan pidot... aku rasa senang hati sangat.. betul betul rasa senang hati dan happy.. sebagai isteri orang memang aku tak boleh nak "suka lelaki lain" kan..? in this situation aku harap aku tak disalahtafsirkan... aku senang hati dan suka pidot pasal dia adalah seorang lelaki yang baik. sebagai seorang isteri dah tentu aku suka sebab kawan kawan yang baik tu akan menjaga kawan dia kan? aku rasa ayat yang tepat ialah aku suka lelaki yang baik macam tu jadik kawan dan sahabat suami aku.. hurm.. ada satu sebab kenapa aku rasa pidot tu lelaki yang baik..

patut ke aku cerita..?

masa aku tengah ambik gambar nih... boleh pulak salah sorang kawan suami aku tu pi angkat baju... eeeeee... mujur la ada satu gambar ni... yang lain semua rosak gambar.....
ni bahagian menyampah..betul betul menyampah.. hahah..

setiap kali diorang habis latihan silat... diorang selalu lepak lepak... borak borak.. belum lagi kalau ada orang bawak makanan.... haaaaaaaa........... mendidih segala urat saraf aku nih... kekekeke... yelah.. tak cukup cukup bersembang... jam dua tiga pagi ooiiii esok nak sekolah nak kerja... time time macam  nih mula la aku menyesal kali ke tiga ratus juta kali sebab sebok nak ikut..hikhik...

hahah.. nkorang yang tak alami nya... nkorang takkan paham okeh..!

kat sini lah dilema seorang isteri kepada orang yang bersilat... nko tau tak..? nak jaga perasaan sendiri.. nak jaga perasaan suami.. nak elak hasutan setan lagi... eeehhhhh nko ingat senang ke nak berfikiran secara tenang matang dan waras bila jam dah pukul dua tiga pagi tu..?

masa tu nko cuma ingat bantal busuk melambai lambai je tau! hahah..!

oklah. bye!

uhuk..uhuk..

p/s: ni lah sebab aku rasa pidot tu orang yang baik...  dua tiga minggu lepas kan orang orang silat nih semua ada majlis kat johor.. lepas tu kan dalam bergambar bergambar sesama mereka tu.... anak aku ada menyelit menyebok bergambar kan... dalam ramai ramai orang tu... aku nampak hanya pidot je yang ada update gambar yang ada muka anak aku sama... terharu hati seorang ibu diatas ingatan pidot tu..  memang kehadiran anak aku tu takde kaitan dengan majlis  tu.. hanya sekadar tanda sokongan kat ayah dia tapiiii tetaplah anak aku tu salah sorang keluarga lekir sendo kan..?

update gambar macam nih bukan satu benda kecil... aku pernah cakap kot.. seorang isteri dan ibu tu menilai dari sisi yang berbeza...  ^_^

oh ya... pidot nih suami orang... baru dikurniakan seorang cahayamata. tahniah pidot dan billa. enjoy kemanisan menjadi ibubapa nih.. tak terungkap dengan kata-kata..

sorry pidot..! akak screen shot fb hang... tapi nama fb hang akak sorok dah la..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.