Friday, April 22, 2016

sedekah kat suami ku je...

Petang petang jumaat di penghujung minggu setiap bulan ada lah minggu busy aku.. biasanya aku mulakan petang aku dengan meneman anak aku mandi kolam... bagi dia puas puas main air dulu sebab lepas tu dia kena jadik assistant aku.. hikhik.. dah macam gaya bagi rasuah pun ada dah aku nih kan.. huhu..


Minggu minggu akhir bulan aku rajin sikit buat sales.. permintaan pun agak tinggi berbanding minggu lain.. minggu depan orang start terima gaji.. dan untuk peniaga kecil kecilan macam aku nih.. minggu macam ni memang minggu yang dinanti dan kalau betul betul rajin insyaAllah boleh buat duit..insyaAllah rezeki tu ada.

Cuma sekarang aku dah tak pulun ambik order macam dulu.. aku slow down habis habis.. maybe dah takde jiwa sangat nak meniaga.. cuma saki baki minat tu je yang tinggal.. maka aku maintain berniaga secara sambilan.. nak buat full time memang dah takde hati dah.. Alhamdulillah rezeki berniaga tak pernah putus.. Permintaan sentiasa ada cuma aku je yang selalu malas nak ambik order..huhu..

Dulu aku rajin baca tips meniaga.. antara yang paling banyak dikongsikan oleh ramai orang ialah jangan kedekut untuk memberi. Bayar zakat atau sedekah.. Dan sebagai isteri orang.. yang pertama dalam list hidup aku memang suami aku lah kan.. memang sentiasa setiap kali duit sales aku selalu bagi kat suami aku... ye...ye... aku tau mesti ada orang akan fikir aku bodoh kan sebab dah penat penat berniaga lepas tu duit bagi kat orang..

Well.. aku pun tak tau nak kata apa pasal hal nih.. maybe sebab aku bukan berniaga secara serius dan hasil pendapatan aku bukan sumber utama kewangan keluarga atau maybe aku rasa aku nih seorang yang boros maka lebih selamat duit tu bagi kat suami aku.. entahlah..

Yang aku tau dek kerana tak pernah kedekut dengan suami aku tu.. aku rasa rezeki aku tak pernah putus. Allah sentiasa beri. Pernah sekali aku serah bulat bulat sales seminggu kat suami aku.. tak silap aku 800.. seposen pun aku tak ambik sebab aku ada duit lagi untuk belanja.. aku serah kat suami aku untuk kegunaan keluarga dan the next following week tu sales aku cecah hampir 4000.. Allahuakbar.. masa tu aku tak jangka sungguh tau aku akan dapat sales macam tu.. sebab aku kan meniaga kecil kecilan.. part time..

Bila dah duit meniaga lebih dari duit gaji bulan bulan tu yang aku decide nak berhenti kerja tu... memang seronok berniaga.. aku tak jual mahal mahal.. memang niat aku nak meniaga tu sambil bantu orang plus size dapat membeli pakaian dengan harga berpatutan.  Alhamdulillah sampai sekarang hampir 80peratus customer aku masih repeat order.  Cuma tu lah.. aku je yang dah sendu nak meniaga.. tak tau kenapa tawar hati..

Tapi serius aku memang minat meniaga.. bila dah slow down meniaga kena lah kerja balik untuk sumber pendapatan.. Alhamdulillah aku jangka susah untuk dapat kerja dizaman sekarang nih.. rupanya tidak..! maybe juga sebab aku memang sentiasa pasang niat nak cari duit lebih kerana nak support kewangan keluarga, ikhlas kan hati kerana Allah s.w.t dan terpaling paling aku yakin ialah kerana adanya redha dan restu dari suami aku..

Aku nak kerja ke.. aku nak berniaga ke.. aku rasa dia sentiasa redha apa je aku nak buat.. sebab tu aku rasa aku tak pernah ada niat nak kedekut duit sales aku.. kalau aku usha kenkawan online shop yang lain memang semua nya nampak mewah berbelanja.. huhu.. ntahlah.. aku memang bukan jenis makhluk yang berbelanja mewah.. jam tangan pun aku dah lama takde dan tak terfikir pun nak beli.. Well ada jugak lah aku berkenan ngan seketul jam fossil last year tapi... ntah lah.. tak terlintas kat hati aku nak beli walaupun aku sangat berkenan.. bila tengok harga jam tu aku rasa macam... baik aku sedekah duit tu pada orang yang memerlukan.. gituh..

Aku tak tau lah kalau serah duit sales aku selama ni kat suami aku tu dianggap sedekah.. berkongsi rezeki atau suami aku cuma tolong simpankan je.. apa yang aku tau ialah setiap kali memberi, Allah akan beri lebih lagi..

Cuma sebelum nak memberi pada orang luar.. aku pastikan keluarga aku dah cukup dulu.. kalau aku tak mampu bantu mencukupi keluarga sendiri.. Macam mana aku nak bantu orang lain kan? Tak salah kot kan sedekah kat suami sendiri..?

Ok lahhh.. aku rasa macam ter banyak  pulak aku membebel kan.. heheh.. tak sabar nak tunggu anak aku habis mandi kolam.. lepas nih dia kena jadik fotografer.. tolong amik gambar baju skirt yang nak dijual.. untuk satu gambar yang aku guna upah dia seringgit.. yeah... aku sejenis mak mak yang anak kecik lagi tapi dah paksa dia carik duit sendiri heheh..

Oklah..
Bye!

antara gambar feveret aku.. anak aku tu pun pandai ambik gambar.. antara gambar gambar yang aku simpan sebagai kenangan manis.. bukan semua lelaki sudi bantu isteri bergambar macam nih.. yang nak meniaga aku.. dengan suami aku sekali aku angkut jadik model heheh..masa ni awal awal meniaga dan aku kurang yakin nak posing amik gambar tapi kalau tak posing amik gambar customer tak dapat tengok kan.. mujur suami aku sudi bagi sokongan dan teman aku.. antara sebab sebab kenapa aku rasa aku tak perlu kedekut duit sales dengan suami aku.. belum kira time dia tolong angkut barang lagi .. time tolong angkut ke poslaju.. time tolong drive aku nak kesana kemari lewat malam sampai kuala selangor tu.. jadi aku rasa memang tak patut kalau aku kedekut dengan suami aku kan ..? Hurm...

p/s: jangan pulak nkorang ingat suami aku syok syok ambil kesempatan pulak.. suami aku lagi banyak duit dari aku... dia meniaga forex.. gold..currency.. tak tau berapa banyak duit asuk akaun dia sebab pernah sekali tu sampai akaun dia kena hold.. huhu.. sebab tu jugak lah kot aku tak kedekut ngan suami aku.. heheh.. tak berbaloi kedekut dengan orang banyak duit.. kekekeke.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.