Thursday, March 31, 2016

Dah lama tak cerita pasal silat

Aku belek belek folder... nak delete gambar... sebab hp aku tak cukup power nak tampung banyak banyak gambar.. so scroll sana scroll sini nampak ada banyak sangat gambar silat yang aku ambik untuk kenangan anak aku bila dia besar nanti... semua dah selamat aku transfer tadi dalam fb dia.. then aku terfikir yang dah lama sangat aku tak cerita apa apa pasal silat..

masa nih on the way nak pi johor..  muka je senyum dalam hati ppppfffttt..
Aku ingat nak habiskan cerita pergi pangkor.. tapiiiiii hati kuat berdetak nak hapdet sedikit kenangan tentang silat sementara masih aku ingat.. sementara aku masih bernafas.. moga satu hari nanti bila aku dah takde kat dunia nih.. anak aku tak rindu aku sangat.. anak boleh baca blog ibu dan ada banyak benda yang ibu cerita kan kat blog nih..Dah lama tak de hati nak cerita pasal silat sebab hati terluka dengan kelab yang lama.. hurm.. sesuatu yang aku taknak ingat dalam masa yang sama ia tidak patut dilupakan untuk dijadikan pengajaran.

Keluarga silat baru mereka.

kenangan dengan DRAM, anak aku memang rajin ajak pak andak selfie.
setahun lebih yang lepas suami dan anak aku bersilat kat tempat baru. Kenangan pahit yang diberi oleh kelab yang lama tu buat aku berat hati nak terima keluarga baru suami dan anak aku nih. Hoiii giler tak berat hati..? Time duka gundah gulana sedih ralat berairmata, aku je yang ada dengan suami dan anak tu... jujurnya hati aku tak kuat tapi dengan apa yang terjadi waktu tu aku tabahkan hati aku dan tak putus putus doa pada Allah agar beri ruang yang lebih baik pada suami dan anak aku dalam dunia silat.
sukati aku je suruh anak aku menyelit kejap masa diorang nak bergambar.. heheh.. siapa mereka nak menidakkan hak anak aku untuk bergambar sekali dengan ayah dia kan..? Setakat gambar kalau cikgu cikgu silat ni nak herdik anak aku memang aku herdik balik lah..ahahah serius lah ni lantak ler diorang garang ke apa ke sebab esok anak aku besar laki aku tua hubungan dan kenangan tu diorang tak boleh ganti pun kan.. aku cakap je lah tapi sepanjang aku ikut majlis silat mereka tak pernah lagi la aku dengar ada mana mana guru silat yang marah jerkah anak murid nak ambik gambar kenangan.. ^_^
Alhamdulillah. Lepas lebih setahun, lepas melihat dan menilai keluarga silat suami dan anak aku yang ini, hati aku rasa happy.. setakat saat aku mengarang nih, aku rasa ukhuwah yang ada antara mereka tu.. sesama mereka tu.. hubungan yang baik.. tidak ada rasa tak sedap hati, tidak ada rasa ragu ragu.. cuma sesekali timbul rasa gusar.
Bagi aku bersilat tu bukan saja dilihat zahirnya. Selain amanah dan ilmu, nilai agama sangat penting dan bukan semua orang lulus dalam menjaga nya . Aku tak kata yang aku sempurna. Cuma sebagai isteri dan ibu, mata kita memerhati dari sudut berbeza. Untuk kebanyakan isteri dan ibu, kita tak happy tak apa, yang penting suami dengan anak.
Hurm.

salah sorang cikgu anak aku sekarang. Kali pertama anak aku cerita pasal dia.. aku tengok muka anak aku tu berseri seri semacam..  pergghhh aku tak pernah lagi la tengok anak aku cerita pasal seseorang yang mengajar dia dengan penuh semangat macam tu pulak cerita semua yang baik baik je.. memang dah jadi idola sangat nih.. tak silap aku lepas beberapa bulan kot anak aku bergelanggang baru, aku paksa hati diri aku pi jengah dan tengok.. lepas tengok sendiri orang yang menjadi idola anak aku nih.. sebagai mak mak aku lega lah.. jelas jelas yang cikgu awie nih budak baik..setakat yang aku nampak la..  seorang anak murid yang setia aku rasa boleh jadi pendidik yang berhati mulia.. maka aku pun bagi la approval kat anak aku nak jadikan cikgu awie dia ni sebagai idola 

minggu lepas aku ke johor. Gigih dengan anak aku sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bahagi kepada suami aku yang menerima sandang. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, beberapa kali airmata aku menitik. Betul betul aku teringat banyak perkara. Banyak benda. Betapa sukar masa yang aku lalui.

aku cuba senyum untuk kenangan manis anak aku walau dalam hati aku.. jauh dalam hati aku rasa sunyi sebab ada kat majlis orang.. heeee ^_^ Allah saja tahu betapa sunyi nya hati.. aku harap secebis kenangan dan pengalaman ini sentiasa tersemat kemas dalam kotak ingatan aku.. rasa jauh hati tu.. aku ingatkan diri aku yang selalu lupa supaya sedar diri.. 

Teringat saat sukar.Teringat kata kata yang orang lemparkan.Teringat tidak ada seorang pun yang suami aku anggap teman..yang suami aku anggap sahabat datang berdiri dibelakang waktu dinista.. Sedangkan apa yang suami aku beri dan korbankan untuk kelab itu bukan sikit. Maaf tiada niat untuk mengungkit. Ia cuma secebis kenangan yang aku nak buang jauh. Susah sangat nak cerita. Susah sangat nak berkata kata sebab masih ada hati yang perlu aku jaga.

aku panggil diorang nih keluarga suami aku.. cemana aku ambik gambar elok elok cantik cantik bagi semua orang nampak segak.. macam tu lah aku doa mereka sekeluarga yang baik baik.. sebagai orang luar aku perhati dari tepi je lah tolong ambil gambar.. sedar diri aku bukan ahli persatuan seni silat pusaka gayong.
Tapi inilah sisi sedih dalam hidup aku.. sesungguhnya waktu gembira waktu gelak ketawa tu nko nampak ramai orang sekeliling suami nko..tapi bila tiba waktu sukar bila dilanda kesusahan yang ada cuma diri nko dan anak nko... huhu.. betul betul dari hati aku lah.. sepanjang perjalanan pergi balik tu betul betul banyak airmata aku jatuh.. banyak benda aku fikir.. tambah pulak ada satu insiden yang tak sepatutnya berlaku tapi telah berlaku yang buat aku lagi sedih selepas penat marah..adui..rasa nak menangis lagi sekali teringat perasaan sedih itu..huuu..

kiri dengan kanan tu aku tengok muka masing masing eksaited sangat bergambar dengan legend. 

Hurm..memang tak pasti berapa lama aku akan ada di sisi suami aku. Dah tentu selagi aku masih isteri dia, saat jatuh nya aku akan sentiasa ada untuk dia.

Aku tak kisah kalau saat bangun dan saat gembira dia aku takde.. Mesti lah sedih tapi... demi orang yang kita sayang, sedikit pengorbanan tak salah kan? selalu aku pujuk hati aku supaya jangan berkira dengan suami sendiri.. hak dia untuk memilih luang masa gembira dengan sesiapa yang dia nak.. selalu aku pujuk diri sendiri supaya redha.. aku rasa kebanyakan isteri pun mesti ada rasa macam aku.. aku yakin para isteri paham perasaan dan maksud aku..

masa ni on theway balik dari johor..singgah r&r aku rasa lapar sangat.. dok ralit layan hati yang sedih tak perasan yang aku tak makan langsung seharian tu.. betul betul naik kering airmata baru aku sedar aku lapar hehe.. tu pun aku tak dapat nak makan jugak.. penuh r&r tu.. duduk kejap tengok kedai yang bukak tak banyak.. orang yang order ramai.. huhu dengan tenaga yang tak berapa nak banyak memang tak larat aku nak ngadap  maka aku masuk dalam kereta balik.. singgah beli roti kat petronas je..ok lah alas perut.. ^_^ mujur anak aku kenyang sebab sebelum balik memang aku dah make sure dia makan kenyang kenyang..


dengan keluarga  silat baru suami dan anak aku ini... aku betul betul harap tiada lagi sengketa tikam belakang. Aku dah serahkan kepercayaan dan rasa kasih.. aku harap tidak ada perkara yang melukakan hati terjadi.


yang mungkin tak faham apa cerita sebab nkorang tidak ada dari awal cerita, aku harap nkorang yang membaca tidak buat rumusan sendiri ye! Maybe one day I'll write the whole story.  Apa yang ku karangkan hari ini sekadar bingkisan hati dan cukup untuk anak aku fahami.



Yes kamu anak. Memang kelab lama itu telah melukakan. Saat ini kamu masih kanak kanak. Ibu masih lihat ada perasaan marah walau berapa kali ibu pesan pun kamu masih ada rasa marah pada mereka kerana apa yang mereka lakukan. Dan ibu nak terus pesan.. moga satu hari nanti kamu baca ini dan kamu cukup dewasa untuk fahami. Jangan simpan dendam dalam hati. Walau mereka sudah melukakan. Ingat tetap ada kebaikan yang pernah mereka lakukan. Bila anak dah cukup matang. Maafkan mereka ok?

Ok. Tak tau bila lagi aku akan cakap pasal silat. Just for now, aku harap gelanggang baru anak aku bersilat ni tak jadi tempat maksiat. Ahahah.. terus terang sangat ayat aku nih kan? Sebab kat tempat lama dulu aku tengok lelaki dan perempuan selamba je pegang pegang dengan alasan belajar.heh!


Wednesday, March 23, 2016

Masa sedih

Aku rasa diri aku ni seorang yang malas fikir banyak. Kalau boleh aku nak hidup happy je. Maka disebabkan itu jika ada perkara atau orang yang menyakitkan hati aku .. aku akan pilih untuk maafkan dan lupakan..

Kerana jugak aku sedar diri aku bukan manusia yang sempurna serta baik serba serbi..buat aku selalu fikir tak ada sebab untuk tak maafkan orang lain.

Dengan ini aku selalu hidup happy.

Cuma ada masa masa akan timbul juga waktu waktu yang menyedihkan itu. Dan hari ini adalah salah satu daripadanya. Seratus kali aku menuding jari untuk letak kesalahan pada orang lain, tetap jauh dalam dasar hati aku asyik ingatkan diri aku yang ini adalah salah aku . Perkara yang menyedihkan ini berpunca dari aku dan aku pun ingatkan diri sendiri tak semua orang macam aku. Mungkin aku tak simpan dalam hati setiap kali orang lukakan hati aku.. tapi orang lain leyyy?

Tak semua orang macam aku.

Hurm.

Seriously aku sedih.

Biasanya aku taknak ingat hal yang buat aku sedih.
Cuma kali ini..
Aku rasa aku patut ingat.
Patut.

Sekian.

Monday, March 21, 2016

pulau pangkor, part 2-ada ikan ke nak snorkeling?

eksaited sangat nak sambung cerita part snorkeling nih..! hikhik..tapi eksaited je tak cukup kalau malas tu 70percent menguasai diri...heheh... nih anak bujang aku dok request aku suruh sambung cerita... dia pulak yang ternanti nanti sejak dia baca part 1, memang hari hari tanya kat aku ibu dah update ke?ibu dah update ke..? haaaaaa nih la ibu sambung hapdet ye anak.... ikut hati memang malasssss sangat... rasa macam nak letak gambar dengan caption dah cukup ahahah maybe next time aku buat macam tu je :P


ok.

aku rasa blur pulak...tak tau macam mana nak cerita..huhu.. lebih kurang pukul 2 lebih macam tu orang "agen pelancongan" tu datang bawak kitorang pi area tepi pantai teluk nipah tu.. sepanjang-panjang area teluk nipah tu memang ada banyak sangat tempat yang nkorang boleh usha untuk pakej snorkeling, so kalau nkorang datang belum ambil apa apa pakej tak perlu risau... nih time aku pergi lah ye.. tak tau la kot time nkorang pergi tu time ramai orang tapi serius sepanjang panjang pantai memang ada banyak pakej untuk snorkeling...pandai pandai la survey dan pilih ehh.. bagi aku pakej yang kami sekeluarga dapat memang dah sangatttt murah.. ^_^

rm60 untuk 3 orang, dapat life jaket dengan snorkeling equipment tu, lepas tu naik bot seberang pulau , tak silap aku namanya pulau giam , heeeee malas pulak aku nak duble check kalau salah next time la ku betulkan ehhh... berbekalkan beg yang penuh dengan makanan dan sebotol air mineral, lebih kurang pukul 3 sampai pulau tu...orang tak ramai.. cuma ada dua tiga orang je... yuhuuu happy giler rasa... anak bujang aku tu memang dah tak sabar sabar sangat nak tengok ikan..!


nih pendapat peribadi aku la ehhhh....

untuk new beginner macam anak aku tu..... untuk kanak kanak macam anak aku tu yang baru kali pertama nak merasa snorkeling macam nih... aku cukup puas hati dengan apa yang ada kat pulau pangkor nih... air boleh tahan jernih dan ada ikan yang banyakkkkkk cuma kena spot tempat yang betul... ada masa masa anak aku kata dia tak nampak langsung ikan.... 

maybe sebab anak aku dah pandai berenang dan dia pun confident je nak menyelam jauh jauh ke tengah sikit... of course la bertemankan ayah nya ehhhh... aku memang dok main kat tepi tepi je... selagi kaki aku boleh jejak pasir dan air tak lebih paras pinggang aku berani lagi lah... heheh..




kalau rasuah ikan ikan nih dengan roti... memang berekor ekor akan muncul... berebut rebut nak makan roti tu... naik rambang mata aku tengok ikan ikan tambah kalau nampak ikan yang gemok gemok sikit tu haaaaa siap aku berangan oiii fresh ikan nih goreng sedap nih ahahahah..  :P

dalam takut takut tu akhirnya dengan aku ikut snorkeling tau..! untuk orang tak pandai berenang macam aku nih...walau dah dikaborkan insyaAllah terapung dalam air tu bila pakai life jacket.. tetap ada perasaan was was ehhh... tapi tu lah... memula aku paut suami aku... lama lama sedar tak sedar je aku dah terapung sendiri tak pegang dia... leka sangat tengok hidupan dalam laut tu.. subhanAllah sangat menakjubkan..terasa sungguh kebesaran Maha Pencipta.


sedaya upaya aku cuba ambil gambar sebaik yang aku mampu..camera aku bukan canggih tapi aku sayang ehhh kamera aku memang tak lah aku nak keluar kan ayat ayat seperti maaf lah gambar tak clear sebab camera tak canggih.. heheh.. biarpun camera tak seberapa daku sangat bersyukur ada jugak camera nak ambil gambar kenangan kan.. pedulik lah clear tak clear tu yang penting gambar tu original air tangan nko.. gred kualiti rendah..? tak apa.. yang penting nko tak kidnap gambar orang..


agak agak nak tengok gambar cantik jelas bagai pi la google carik gambar yang diambil oleh jurugambar profesional ehhh...   >_<


perasan tak seberang sana ada pulau? itu lah pulau pangkor nya... haaa dari pulau pangkor tu lah kami di bawa ke seberang pulau nih... meh nak cerita sikit ehh.. nak seberang nih dekat je aku rasa tak sampai sepuluh minit kot.. maybe sebab adik yang bawak bot nih bukan main speeeeedddddd laju lagi... humaangggg aaiii aku rasa macam bila bila masa boleh tergolek dalam laut tau..! tapi maybe aku je lah kot yang rasa macam tu sebab bila aku toleh tengok anak aku dia rilek je siap main air laut yang masuk dalam bot tu...hikhik..

anak beranak nih jenis kulit putih dari dalam air pun terserlah peha betis putih gebu kalau "aauuww" tengok mesti terpikat

macam yang aku kata....anak aku pandai berenang jadi dapat lah dia berenang pi tengah tengah sikit sementara aku perhati je lah dari tepi ehhh... menikmati pemandangan sambil ambik gambar sesekali mengunyah makan.. hihi.. takde rasa lapar time nih tapi sebab dah nampak makanan tu ada depan mata..........

ngap je lah...ye dak?


kat pulau ni memang takde jual makanan.. ada je pakej snorkeling dengan set makan.. harga tambah sikit la kan.. masa snorkeling nih tak silap aku la ye dari pukul 8 pagi sampai 7 malam.. just make sure nkorang paham pakej yang nkorang ambil.. dan semoga berbaloi trip nkorang dengan nilai rm yang nkorang bayar... untuk aku, aku sangat sangat puas hati. alhamdulillah..


kat tempat aku lepak tepi tepi ni pun ada ikan...pengalaman tengok ikan dari atas air macam ni dengan masa snorkeling tu memang lain sangat..tak reti nak explain macam mana keadaan yang menakjubkan tu.. sangat sangat terasa dengan kebesaran Allah s.w.t dan sungguh aku syukur sangat dapat peluang ini.. jauh dalam hati aku masa tengah tengok ikan tu rasa tenang dan sayu.. perasaan indah yang tak dapat nak disampaikan dengan perkataan.. ia memang antara satu kenangan manis dalam hidup aku dan moga ada ruang peluang dan rezeki lain untuk aku merasa pengalaman ni lagi aamiin..

lebih kurang dua jam dok tengok ikan tu... dekat pukul lima orang makin ramai... anak bujang aku tu dah puas berendam.. akhirnya dia ajak naik.. ajak balik..air laut terasa agak berombak dan air dah mula pasang... kawasan yang aku lepak dari awal tu pun dah cecah paras bahu aku.. kalau air kolam aku boleh rileks lagi tapi nih air laut weihhh dengan ombak makin lama makin kuat terhuyung hayang gak aku nak stabil kan diri berdiri tu.. terjengket jengket jugak bila ke ombak tu dan bila kaki aku dah mula payah nak jejak pasir...aku rasa saranan anak aku ajak balik tu sangat lah bernas..hehe..


tengok muka anak happy, senang hati aku... tu pun sebelum betul betul decide nak balik aku tanya dia dua tiga kali sebab kalau dah call adik yang bawak bot tu tak boleh nak datang balik dah.. anak aku kata betul dia dah puas hati tengok ikan.. so naik atas sementara tunggu adik yang bawak bot tu datang sempat la makan makan sikit minum minum sikit.. sambil perhati ombak laut yang makin kuat.. sesekali rasa risau jugak dalam hati aku.. tapi aku tak tunjuk la kat anak aku..

tengah lepak lepak tu terperasan celah celah batu ada ketam.. seram pulak aku takut kena gigit dengan ketam tu ahahah..


lepas snorkeling tu kami patut dibawa ronda ronda pulau tengok..... errr aku lupa lah pulak... hehehe sebab tak pergi jadik tak dapat nak ingat details... tapi kalau nkorang google dan baca blog orang lain aku yakin nkorang boleh dapat info yang lebih details... maklumlah makcik makcik macam aku nih ingatan memang dah tak berapa kuat... hehe..

kitorang tak pusing pusing pulau sebab ombak laut kuat sangat sangat... serius masa nak datang ke pulau nih pun aku dah seram padahal kalau aku pikir balik masa datang tu air laut belum pasang lagi.. itu pun aku dah seram sejuk dalam bot.. nih pulak bila air laur start pasang... dengan angin kuat semacam... ehhhh ni pengalaman aku tau mungkin pengalaman nkorang berbeza.. tapi serius aku tak berani ambil risiko dengan laut luas itu maka dengan kuasa veto sebagai seorang isteri dan ibu aku nakkkk jugak balik pulau terus heheh.. :P

masa nak balik ke pulau pangkor tu aku tak rasa macam aku duduk dalam bot,aku rasa macam tengah naik jet ski... pphheewwww... sebab aku tak berani nak ambil gambar kalau tak dapat la aku share cemana keadaan waktu tu..sungguh aku tak pernah terfikir aku akan ada peluang tengok rupa laut bila bergelora kuat... huhu... sungguh sungguh masa itu buat sekian kalinya terasa betapa kerdilnya aku sebagai hamba Allah.. 

macam yang aku kata perjalanan dari pulau pangkor ke pulau giam (kalau tak silap aku la namanya pulau giam) perjalanan tak sampai sepuluh minit kot tapi sebab kan laut bergelora agak kuat dengan angin yang agak kencang... aku rasa dekat dua puluh minit kot baru selamat sampai kat teluk nipah tu dan alhamdulillah semua selamat... jejak je kaki kat pantai hilang perasaan gusar aku.. muncul pulak perasaan eksaited sebab berpeluang merasa pengalaman macam tu... >_<





















apa yang dapat aku katakan melalui pengalaman aku nih... best jugak snorkeling kat pulau pangkor nih... ini pengalaman daku tau..! sebab aku sampai sehari sebelum cuti sekolah ,lepas tu orang tak ramai jadi takde perebutan nak tengok ikan..

walaupun perjalanan balik tu aku melalui pengalaman yang agak membimbangkan, aku tak rasa itu buat aku serik untuk cuba snorkeling lagi, tak buat aku serik untuk datang sekali lagi ke pulau pangkor nih.. sungguh sungguh ku kata pengalaman aku snorkeling kat pulau pangkor nih adalah best.. untuk new beginner macam aku dengan anak aku nih... puas hati sangat sangat dapat bagi ikan makan dengan tangan sampai tangan tangan kami nih pun kena gigit... merasa la aku tengok gigi ikan dari dalam air tu hehehe selalu tengok gigi ikan yang dah kena siang je kan...hikhik.. tajam jugak gigi ikan woii luka luka jugak la tangan aku.. hihi.. tapi takpe sebab tu semua pengalaman dan aku sangat sangat happy sebab anak aku dapat merasa semua nih..

alhamdulillah...

naik je pantai teluk nipah tu terus kitorang balik hotel balik... tak naik pun.. cuma pi carik shower je... mandi manda buang pasir dan air masin lepas tu naik motor vrroommm vvrrommm.. pi ronda ronda pulau pangkor..! apa ada kat pulau pangkor ehhhh?

ok. bersambung.

babai!

 kira kira bajet 

RM 0.00 pasal tak beli apa apa

so bajet belum burst lagi (waktu nih kekekeke) 

Saturday, March 19, 2016

pulau pangkor, part 1- bajet rm400

Bajet rm400 bukan untuk seorang tapi bertiga,dua dewasa satu kanak kanak, ahah..tinggi harapan tu nak jalan jalan dengan bajet ciput macam tu... rancangan destinasi bajet tu pun kalah kan.. hikhik.. so.. dengan bajet kecil macam tu, sebelum nak berjalan tu aku buat la survey sana sikit sini sikit... rasa yakin cukup bajet tu... dengan penuh semangat aku packing baju.. lepas tu awal awal pagi pukul 4 aku dah mula buat sarapan... extra extra breakfast supaya boleh makan masa dalam kereta dan masa nak snorkeling nanti. snorkeling..? yup...itu lah antara tujuan utama aku nak ke pulau pangkor tu.. nak bagi anak aku merasa snorkeling.. 

macam macam aku buat pagi tu, roti telur, sausage roll,mihun goreng dan nugget..


lebih kurang pukul 5 pagi kot keluar rumah..heheh.. boleh agak tak pukul berapa aku dah mula memasak? pukul dua pagi beb! keluar je umah...masuk je dalam kereta.. aku mula rasa mengantuk... mengantuk kaw kaw...! anak bujang aku memang lena dah la kat belakang... ikut hati memang aku naakkkkkkk sangat tidur tapi tak sampai hati pulak biar suami aku sensorang...huhu.. maka aku cuba bertabah....... dalam bertabah bertabah bertabah tu akhirnya aku terlelap jugak! last yang aku ingat berhenti subuh kat restoran jejantas sungai buloh.. heheh... bukak bukak je mata tengok dah terang... suami aku stop kat hentian sebelah, nak pi toilet..hentian sebelah yang mana satu pun aku tak amik tau..sebab aku rasa mengantuk sangat.. sementara diorang pi toilet aku belek henpon kejap...reply reply watsap mana yang terdaya.. diorang masuk je dalam kereta terus aku terlena balik... nih masa aku tengah menaip nih baru aku terpikir dan terkenang.. anak bujang aku tu pukul berapa agaknya dia terbangun tidur...huhu.. 



sampai la suami aku stop lagi sekali kat RnR simpang pulai, baru lah aku bangun... masa nih mengantuk hilang dah... dalam hati makin eksaited...hihi... aku turun pi bilik air...buang apa yang patut :P lepas tu basuh muka kasik segar sikit dan sempat lah selfie seketul gambar kenangan.. hihi.. itulah #ootd aku ke pulau pangkor ehhh seluar track dengan tshirt je.... cuti kali nih tema pakaian memang santai giler.... xde saper yang bawak seluar jeans... semua seluar jenis pakai dok umah je.. tak pack langsung pakaian formal..  alhamdulillah Allah pinjamkan suami dan anak yang sempoi kat aku didunia ini..  ^_^


dari RnR simpang pulai tu kitorang piknik dalam kereta... masing masing dah mula rasa lapar... memula ingat nak berhenti makan kat pekan ipoh... kalau naik highway dari jalan duta tu nak ke pulau pangkor memang exit simpang pulai atau ipoh , lepas tu ikut je signboard ke lumut. memandangkan kitorang kitorang ni "orang ipoh" tau la sikit sikit port breakfast yang best best..tapi tu lah.... dah lapar bekal pulak memang aku dah buat banyakkkkk... serius punya banyak... sebab aku ada baca dua tiga blog yang cerita pengalaman snorkeling mereka dan mereka ada cerita pasal "makan" masa snorkeling kat pulau... huhu masa baca blog blog itu tidaklah ku paham sangat situasinya tapi cukup buat aku paham supaya standby makanan.. bukan lah kat pangkor tu takde kedai jual makanan cuma melalui pembacaan harga makanan agak mahal dan nko tak nampak tak baca ke tadi aku kata bajet nak bercuti ni 400 hengget sahaja maka sebab itulah aku rajin rajin siapkan bekal dan aku rasa penat betul explain benda nih semua...ahahah...

so,sebelum sempat masuk area pekan ipoh masing masing dah kenyang.... dengan perasaan yang sangat teruja nak tengok laut akhirnya hasil mesyuarat yang sebenarnya tak berapa nak mesyuarat lebih kepada kehendak aku je sebenarnya kekekeke... tak payah singgah la pekan ipoh tu...straight je ke jeti lumut tu... dah la suami aku mood holiday dia bawak kereta aku rasa macam 90km/j je pasal keluar umah pukul 5 lebih ada kat restoran jejantas sungai buloh tu pukul 6 lebih dekat pukul 11 pagi kot baru sampai ipoh... padahal jalan tak jammed pun pagi tu.. tapi sebab aku dah syok syok tidur takde lah aku tanya kat suami aku apasal lambat sangat drive hahahahah kang kena tapak kaki kang haaaaaaaaa..... :P


tak tau lah kenapa....setiap kali lalu kat sini aku mesti nak ambik gambar... hihi.. sepanjang perjalanan dari ipoh ke lumut tu aman damai je rasa...tengok keliling walaupun banyak nampak hutan.. rumah kampung...sesekali nampak lembu berkubang... hhaaissyyyhhhh dengan jalan yang lengang... rasa lega betul kepala otak yang letih dengan kesesakan di bandar... agagagaga ayat dah macam cerita novel hahahah tapi betul lah..! siyes rasa aman damai dan tenang tengok pemandangan keliling..


akhirnya.....sampai pekan lumut...! keliling lengang.... aku terkejut jugak sebab aku jangka keadaan akan sedikit sesak sebab dah nak mula cuti sekolah...cuma aku awal sehari je... tapi tetaplah aku jangka akan ramai orang tapi tak..! lengang dan sunyi je pekan lumut tu.. alhamdulillah senang dapat parking... betul betul tengah pekan lumut tu,depan jeti lumut..memang dekat la jalan kaki.. lepas bayar duit parking... angkut beg.. dua beg je,satu back pack isi baju satu lagi beg sandang isi makanan dengan air.. oh ya...sebelum gerak masuk highway suami aku ada singgah beli air mineral sebab dah tau harga air mineral kat pulau pulau nih biasanya mahal sikit kan?  ^_^


kat tempat nak beli tiket feri tu....ada la beberapa orang yang akan mendekati nko.... kalau nko memang dah ada plan sendiri... dah booking dari awal nko abaikan je la mereka... macam kami nih memang belum ambik apa apa pakej snorkeling lagi... tambah pulak "agen pelancongan" nih sangat ramah menegur dan rajin explain kat kami yang banyak tanya nih..... dengan sedikit pengetahuan hasil daripada maklumat dari beberapa blog yang aku baca... selepas sesi tawar menawar yang super kental antara suami aku dengan "agen pelancongan" ini.... maka kami pun ambik pakej snorkeling dan transport dari dia... dengan harga yang jauh lebih murah daripada yang aku jangka.. alhamdulillah save budget banyak sangat..happy la dengan customer service brader "agen pelancongan" nih..

lepas settle dengan brader "agen pelancongan" tu... baru la kitorang gerak beli tiket.. dekat pukul 1 dah masa tu... aku rasa serba salah dah... target nak masuk pulau sebelum pukul 1 supaya suami dengan anak aku tu sempat solat jumaat... walaupun musafir..... kalau boleh aku nak sempatkan la jugak solat jumaat tu kan..... huhu... memang tak sempat sebab feri sampai 1.30 huhu.. redha.

dari salah satu blog yang aku baca, nak tunggu feri ke pulau pangkor tu beratur panjang... so lepas beli tiket tengok masa next trip pukul 1.30 cepat cepat kitorang gerak dengan harapan sempat la join dan orang tak ramai sangat... hhurrmmmmpphhhh bukannya itu yang aku lalui... berbeza sangat sangat dengan apa yang aku baca..aku masuk je ruang menunggu tu keadaan lengang sangat sangat..! ehh memang terkejut sangat dan dalam hati tu bersyukur sangat Allah mudahkan jalan.


disebabkan dalam feri tu lengang giler... aku pun apa lagi.... bergambar sakan la...! heheh...! ada lebih kurang 104 gambar aku ambik dalam feri sesaja tapi aku dah delete sebab tak cukup memori... tinggal la dua nih je.....hihi... bergambar tak sedar diri punya pasal... separuh bateri habis... kehkeh padan muka aku kan!





















feri dari jeti lumut ke pulau pangkor nih tak lama... lebih kurang setengah jam je.. tapi suami aku sempat la tidur siap berdengkur  :P  aku memang layan anak aku yang tanya lebih kurang 87 soalan pasal laut pasal feri pasal enjin feri tak masuk air ke pasal macam mana feri boleh terapung dan macam macam soalan yang aku tak pernah pikir nak tanya kat cikgu aku masa sekolah dulu hahah...

setiap soalan yang mencabar dari anak aku tu tak dapat la aku jawab... aku cuma tulis kat watsap send balik bagi anak aku lepas tu pesan kat dia nanti ayah bangun tanya kat ayah atau hakim google je carik jawapan ye... gitulah jawapan aku... :P



dalam kebanyakan blog semua cerita turun dari feri di hentian kedua,bukan hentian pertama. tak percaya nko google sekarang tengok.... tapi takde satu blog pun yang explain pasal apa turun kat hentian kedua.... dan aku pun tak pernah terpikir nak tahu apa jawapannya...

masa tengah tunggu feri sampai, suami aku ada tegur dua orang awek sebab tiket diorang warna hijau tak sama macam kitorang warna putih dan pink. awek dua orang tu explain sebab tiket tu untuk penduduk pulau, masa nak beli tiket tu memang kena tunjuk i/c dan dah tentulah harga tiket nya murah sikit... dan biasanya penduduk pulau la yang akan naik turun kat hentian pertama tu...  satu lagi yang syok dengar ialah penduduk pulau nih kalau nak keluar dari pulau pangkor tu ke jeti lumut tak payah bayar apa apa.. free je feri tu hantar diorang... haaaaaa macam best je dengar kan... rasa macam bila nak keluar pulau nanti taknak beli tiket nak naik dari hentian pertama tu.. hahah..! 

hakikatnya, itu kerja yang sia sia pasal masa nko beli tiket masuk tu rm10 dewasa rm5 kanak kanak dan harga itu memang harga untuk pergi balik ye... kihkih.. ni aku dah tau lama dah.... cuma biasalah kan orang perempuan dengar benda yang free free tu mula hormon meningkat hyper semacam kan ahahahah...ikut nafsu memang aku nak try test tengok hentian pertama tu... tapiiiiii aku tau tak berbaloi... kemudian kemudian la ronda ronda pulau tu ada rezeki mesti dapat jugak singgah kan...


sampai je jeti lumut, terus pi carik orang "agen pelancongan" tu sebab kitorang dah sewa motor.. rm30 sehari dan tak silap aku memang standard rate sewa motor kat sana macam tu... kalau nko boleh dapat lebih murah tahniah la aku ucapkan... jimat duit nko hehe..

kalau ikutkan plan asal nak kena naik van pink,pengangkutan utama dari jeti tu ke resort resort atau hotel hotel atau chalet atau rumah penginapan... sorang rm20 sehala tak silap aku so pergi balik dari jeti ke tempat penginapan nko ialah rm40 seorang darab kami bertiga sepatutnya rm120 kan? dapat naik motor dari jeti pangkor tu dengan nilai yang berganda ganda murah daripada bajet asal adalah sangat mengembirakan..! oiii bajet rm400 oiii... tak tau pulak aku naik van tu rupanya rm20 sehala tau! pulak tu sewa motor macam ni... kami dapat ronda pusing pulau habis habis.. kalau tak pusing pusing pulau tu kena bayar rm80 sorang... haaaaa.... penjelasan panjang lebar ni awal awal kat jeti lumut tu kami dah tau... sebab tu aku kata tadi aku happy sangat dengan service "agen pelancongan" tu sebab dia explain agak banyak...bagi diskaun pun banyakkkkk...hehe..

dari jeti lumut kami terus pi check in dulu..dah pukul dua... letak beg lepas tu rehat kejap dalam setengah jam... suami aku call orang "agen pelancongan" tu untuk ambik kitorang bawak pi tempat snorkeling... bab pakej snorkeling nih...... hasil pencarian dari google memang tak banyak maklumat yang aku boleh dapat..ada lah dua tiga blog yang cerita pengalaman masing masing... paling murah yang aku baca pakej yang boleh dapat rm15 sorang,itu pun bukan peak season, bukan school holiday eve dan beberapa tahun lepas punya cerita..huhu..

pakej snorkeling nih memang berbeza beza dan macam yang aku cakap awal tadi... lepas sesi tawar menawar yang super kental antara suami aku dengan "agen pelancongan" tu, untuk 3 orang, 2 dewasa 1 kanak kanak adalah rm 60.bagi aku memang dah sangat murah dah tu.... tak terfikir akan dapat murah macam tu... alhamdulillah sangat... macam yang aku kata, bajet kami cuma rm400.. ^_^

okeh... dah...
jom baca cerita pasal snorkeling pulak..!

kat pulau pangkor pulak tu... ada ke port nak snorkeling..?


kira kira bajet

air mineral  4botol                       rm   4.80         
petrol dari kajang                         rm 50.00
1 tin air kopi                                 rm   2.30
tol dari jalan duta                         rm 27.50
parking kereta                              rm 10.00
tiket feri 2dewasa 1kanak kanak  rm 25.00
sewa motor                                   rm 30.00
pakej snorkeling                           rm 60.00
hotel bajet pulau pangkor            rm  90.00
 jumlah  setakat ini                    rm299.60     


hew hew hew... bajet 400 hengget je... dah hampir 75% daripada bajet nih... 
merecik tak merecik la peluh tu kan risau budget burst..huhu..

sekian,bersambung....                  

p/s: nko baca  pengalaman pengembaraan aku nih... ada tak sesekali terasa macam nko ada sama kat tempat kejadian...? tadi aku ada terbaca sepotong ayat kat fb dari seorang penulis.katanya, kalau pembaca terasa seperti ada ditempat kejadian ketika membaca hasil penulisan nko,itu bermakna nko ada skill menulis/mengarang yang baik.dulu dulu paper bm je aku mesti dapat A. saja la nak bagitau baik nko pikir baik baik kalau nak jawab kemusykilan daku nih... ahahah.....! keji sangat kan tapi ni blog aku kan maka suka hati aku lah.... lagipun mana nkorang boleh komen dah berbulan aku ubah setting.. ~lalala....


Tuesday, March 15, 2016

makan sate dan potong rambut

mari mulakan entry ini dengan seketul gambar selfie aku dengan anak bujang aku ehhh..


diikuti dengan gambar selfie satu keluarga sebab masa aku selfie dengan anak aku tadi tu aku tak ajak suami aku selfie sama.. lepas tu aku tengok muka suami aku macam sedih je sebab isteri dia taknak amik gambar dengan dia... hehe..

*aku tipu :P actually suami aku tak kisah pun ahahah..


nih yang sebenarnya.. baik anak baik suami semua sebok dengan gajet.. eehhh bengang je aku nengok maka aku buat buat merajuk lepas tu tips senang nak  pujuk aku ialah ajak ambik gambar kenangan... gituh.... lepas tu diorang sambung balik ngadap gajet.. aku pun sambung balik bengang... hikhik..


tengok ehhhh.. makanan dah sampai pun depa dok leka jugakkkk dengan gajet... tapi sebab aku lapar maka aku pun lantakkan di situ.. biar aku makan sorang sorang.. kekekeke.. lagipun diorang nih keluar bukan sebab nak makan pun... diorang sebenarnya nak potong rambut.. aku yang gatal gatal nak ikut... lepas tu gatal gatal lapar padahal dah lewat malam jugak nih.. mujur sebelah kedai potong rambut nih ada kedai makan.. ada pulak sate... haaaaa memang kalah la aku dengan makanan feveret aku nih... betul betul aku makan dulu tak tunggu diorang pun.. dah separuh aku makan sorang baru diorang perasan ehh sate dah sampai ehh nak sikit ehhh eehhh eehhhhh... ^_^


pelanggan terakhir.

setiap kali tengok anak aku potong rambut... mesti aku teringat kenangan kali pertama bawak dia potong rambut.. huhu... yang malas nya bila aku throwback throwback flashback flashback kenangan dengan anak aku nih.. aku cepat rasa sedih dan sebak.. terharu semua ada lah... dan aku rasa cuma mak mak je lah kot yang paham apa aku rasa...


sekarang nih tengah musim minyak rambut pomanade ke promonade iiissyy entahlah tak ingat aku apa nama minyak rambut tu lepas tu rambut semua sikat tepi ala ala eighties... tengok ayah dia style macam tu dia pun nak ikut jugakkkk..

ikut aku suruh potong pendek 1mm je senang dua tiga bulan lagi baru rambut tu panjang baru la potong lagi... jimatttt bajet ahahahah... biasalah kan.. mak mak macam aku nih prihatin... mana mana perbelanjaan yang tak perlu tu yang boleh dijimat tu kita jimat lah... 

ye dak?

oklah.. sekian..

Tuesday, March 1, 2016

pergi pasar borong selangor

ahad lepas aku pergi beli barang basah kat pasar borong selangor... saja nak ubah angin.. biasa kan  aku beli barang basah kat kedai aceh atau pasar malam... takpun kat mydin tapiiiii dah lama gak aku tak beli barang basah kat pasaraya sebab aku rasa daging daging ikan ayam kurang fresh kalau beli kat pasaraya.. lagi pulak beli barang basah kat kedai aceh atau kat pasar malam sebenarnya jauhhhh lebih murah kan..kan..


aku pergi berdua je dengan suami aku..malas nak bawak hakim...terasa ketidaksesuaian yang nyata kalau aku bawak anak bujang aku tu pi pasar borong selangor tu pasal dia kecik lagi dan keadaan pasar yang basah,licin dengan segala bau ikan ayam....pppffftttt... maybe setahun dua lagi la kot baru aku ajar dia untuk ke pasar besar macam nih.. 

on the way nak ke pasar borong selangor tu aku dah pikir siap siap dah apa aku nak...dalam pikiran aku memang aku nak carik sotong udang ngan ikan...kalau ikutkan masak ayam adalah paling mudah tapi...... entahlah.. aku rasa macam dah alang alang ke pasar borong... carik la seafood sebab seafood nih kalau beli kat pasar malam atau kedai aceh pun "agak mahal" la... kan..? 

jejak je kaki kat sana memang sotong sotong tu la aku pi usha dulu... sotong kat sini memang berbeza harga... ikut kesegaran sotong tu sebenarnya.. kalau sotong tu fresh fresh sampai harga dia memang beza singgit dua dengan sotong yang sampai semalam... untung manusia yang tak pandai memilih macam aku nih memang tinggi kebarangkalian nak kena "kelentong" beli sotong tak berapa fresh dengan harga tak berapa murah... heheh... takpe...suami iolls ada disitu untuk belek belek sotong yang siyes lah nampak segar sangat dan sekilo 13hengget...sebelum proses tawar menawar la... ikut rezeki masing masing kan... lepas sotong kitorang carik udang.. ikan... kerja aku memang menengok je hihi sebab siyes lah aku memang tak pandai nak beli barang basah macam nih... nak tengok ikan tu segar ke tak pun aku tak confident... walaupun dah enam belas juta kali suami aku explain tengok macam ni tengok macam tu... aku tetap tak dapat nak ingat.. aku syak sebab aku leka tengok muka suami aku yang hensem setiap kali dia explain tu aku rasa macam jatuh cinta sekali lagi dengan seorang lelaki yang bukan saja tahu makan tapi jugak tahu beli ikan...hekhek... gedik nau bunyi nya kan..kihkih..

























lepas tu carik sayur sayuran sikit....sayur sayur pun murah nau nau tapi tak boleh nak beli banyak.. sayur sayur cenggini bukan boleh tahan lama walaupun sumbat dalam peti ais kan... paling lama hayat dia boleh tahan segar pun seminggu...kalau sayur berdaun lagi pulak lepas dua tiga hari dah start layu kan.. so memang aku dah set dalam kepala otak aku takmau ambik banyak sayur...


balik umah dengan penuh keterujaan aku basuh bersih bersih letak dalam bekas... dalam otak chewahhh.. chewahhh.. nak masak itu nak masak ini... heheh.. siyes siyes la memang berbaloi sangat beli kat pasar borong nih.. yang dapat aku ingat sotong tu sebelas hengget, lebih sekilo sebab suami aku ambik penuh sebekas.. tawar tawar tawar dapat la kurang.. tapi suami aku ambik jugak udang ikan so makin banyak beli makin tak kedekut la penjual tu kan... ayat la baik baik kot kena ayat manis yang bersesuaian..memang boleh dapat banyak diskaun.. ikan kerisi tu ku tak ingat harga... ikan kerapu tu tiga ekor 12 hengget.. murah sangat lah sebab besar dan memang fresh.. udang tu sekilo 13 hengget aku mintak setengah kilo je  itu pun terlebih setengah kilo masa nak bayar tu dia kira 5 hengget.. huhu.. aku rasa macam nak menangis pulak mengenangkan selalu kalau aku beli  udang besar macam tu aku ambik lima enam ketul dah boleh cecah sepuluh hengget dah..nih ada 22 ketul aku kira cuma 5hengget...? fuhhh aku rasa memang aku rajin la datang membeli kat sini lepas nih kalau nak beli seafood.. 

ikut perasaan tamak haloba aku nak beli segala ketam lala kerang kepah hehehe mengenangkan peti ais aku kecik je kang tak muat nak sumbat .... haaaaaa takpe next time la aku beli...


sayur sayur dengan cili cili dan bawang bawang yang takde dalam gambar sebab aku dah simpan heheh.. sebelum sumbat dalam petiais aku suka basuh dulu.. ni sementara nak tunggu kering tu lah aku sempat ambik gambar... kot tak jadik macam bawang la terus masuk bakul... ohhhh ya ada ikan bilis sekali tapi ikan bilis pun aku dah simpan dalam bekas dah tutup rapat rapat.. semua sekali rm9.50 dan memang aku sangat susah nak percaya murah nau nau... cuma tu lah.. sebab tak boleh tahan lama maka aku ambik sikit je.. dalam hati tu memang dok ulang kata nak pi tiap tiap minggu hahah tapi aku tau aku tak la gigih macam tu... walaupun tak jauh sangat dari umah aku tapi membeli kat kedai aceh atau pasar malam adalah enam belas kali lebih dekat dan kurang memenatkan hihi.. 

beza beli kat pasar borong cenggini lagi banyak beli lagi murah harga...dapat yang segar segar pulak tu...beli kat kedai aceh atau pasar malam pulak boleh beli sikit sikit setakat yang nak masak esok lusa.. pasar malam banyak area umah aku nih..rasa macam setiap hari ada pasar malam untuk dapat sayur yang segar cuma harga la sedikit berbeza..

pergi pasar borong beli banyak banyak tu baru berbaloi cover kos tol dan petrol...gituh...

memang kena pandai pandai berbelanja zaman semua harga barang naik nih..kan?


ikan kerapu tu aku terus masak hari tu jugak... tak tunggu tunggu dah... sedapnya lah rasa isi ikan segar....teringat ingat sampai sekarang... huhu..aku tak pandai pandai masak ikan... tapi aku tak jadikan itu sebagai alasan untuk aku malas malas tak memasak..heheh..

oklah.

babai!