Friday, April 22, 2016

sedekah kat suami ku je...

Petang petang jumaat di penghujung minggu setiap bulan ada lah minggu busy aku.. biasanya aku mulakan petang aku dengan meneman anak aku mandi kolam... bagi dia puas puas main air dulu sebab lepas tu dia kena jadik assistant aku.. hikhik.. dah macam gaya bagi rasuah pun ada dah aku nih kan.. huhu..


Minggu minggu akhir bulan aku rajin sikit buat sales.. permintaan pun agak tinggi berbanding minggu lain.. minggu depan orang start terima gaji.. dan untuk peniaga kecil kecilan macam aku nih.. minggu macam ni memang minggu yang dinanti dan kalau betul betul rajin insyaAllah boleh buat duit..insyaAllah rezeki tu ada.

Cuma sekarang aku dah tak pulun ambik order macam dulu.. aku slow down habis habis.. maybe dah takde jiwa sangat nak meniaga.. cuma saki baki minat tu je yang tinggal.. maka aku maintain berniaga secara sambilan.. nak buat full time memang dah takde hati dah.. Alhamdulillah rezeki berniaga tak pernah putus.. Permintaan sentiasa ada cuma aku je yang selalu malas nak ambik order..huhu..

Dulu aku rajin baca tips meniaga.. antara yang paling banyak dikongsikan oleh ramai orang ialah jangan kedekut untuk memberi. Bayar zakat atau sedekah.. Dan sebagai isteri orang.. yang pertama dalam list hidup aku memang suami aku lah kan.. memang sentiasa setiap kali duit sales aku selalu bagi kat suami aku... ye...ye... aku tau mesti ada orang akan fikir aku bodoh kan sebab dah penat penat berniaga lepas tu duit bagi kat orang..

Well.. aku pun tak tau nak kata apa pasal hal nih.. maybe sebab aku bukan berniaga secara serius dan hasil pendapatan aku bukan sumber utama kewangan keluarga atau maybe aku rasa aku nih seorang yang boros maka lebih selamat duit tu bagi kat suami aku.. entahlah..

Yang aku tau dek kerana tak pernah kedekut dengan suami aku tu.. aku rasa rezeki aku tak pernah putus. Allah sentiasa beri. Pernah sekali aku serah bulat bulat sales seminggu kat suami aku.. tak silap aku 800.. seposen pun aku tak ambik sebab aku ada duit lagi untuk belanja.. aku serah kat suami aku untuk kegunaan keluarga dan the next following week tu sales aku cecah hampir 4000.. Allahuakbar.. masa tu aku tak jangka sungguh tau aku akan dapat sales macam tu.. sebab aku kan meniaga kecil kecilan.. part time..

Bila dah duit meniaga lebih dari duit gaji bulan bulan tu yang aku decide nak berhenti kerja tu... memang seronok berniaga.. aku tak jual mahal mahal.. memang niat aku nak meniaga tu sambil bantu orang plus size dapat membeli pakaian dengan harga berpatutan.  Alhamdulillah sampai sekarang hampir 80peratus customer aku masih repeat order.  Cuma tu lah.. aku je yang dah sendu nak meniaga.. tak tau kenapa tawar hati..

Tapi serius aku memang minat meniaga.. bila dah slow down meniaga kena lah kerja balik untuk sumber pendapatan.. Alhamdulillah aku jangka susah untuk dapat kerja dizaman sekarang nih.. rupanya tidak..! maybe juga sebab aku memang sentiasa pasang niat nak cari duit lebih kerana nak support kewangan keluarga, ikhlas kan hati kerana Allah s.w.t dan terpaling paling aku yakin ialah kerana adanya redha dan restu dari suami aku..

Aku nak kerja ke.. aku nak berniaga ke.. aku rasa dia sentiasa redha apa je aku nak buat.. sebab tu aku rasa aku tak pernah ada niat nak kedekut duit sales aku.. kalau aku usha kenkawan online shop yang lain memang semua nya nampak mewah berbelanja.. huhu.. ntahlah.. aku memang bukan jenis makhluk yang berbelanja mewah.. jam tangan pun aku dah lama takde dan tak terfikir pun nak beli.. Well ada jugak lah aku berkenan ngan seketul jam fossil last year tapi... ntah lah.. tak terlintas kat hati aku nak beli walaupun aku sangat berkenan.. bila tengok harga jam tu aku rasa macam... baik aku sedekah duit tu pada orang yang memerlukan.. gituh..

Aku tak tau lah kalau serah duit sales aku selama ni kat suami aku tu dianggap sedekah.. berkongsi rezeki atau suami aku cuma tolong simpankan je.. apa yang aku tau ialah setiap kali memberi, Allah akan beri lebih lagi..

Cuma sebelum nak memberi pada orang luar.. aku pastikan keluarga aku dah cukup dulu.. kalau aku tak mampu bantu mencukupi keluarga sendiri.. Macam mana aku nak bantu orang lain kan? Tak salah kot kan sedekah kat suami sendiri..?

Ok lahhh.. aku rasa macam ter banyak  pulak aku membebel kan.. heheh.. tak sabar nak tunggu anak aku habis mandi kolam.. lepas nih dia kena jadik fotografer.. tolong amik gambar baju skirt yang nak dijual.. untuk satu gambar yang aku guna upah dia seringgit.. yeah... aku sejenis mak mak yang anak kecik lagi tapi dah paksa dia carik duit sendiri heheh..

Oklah..
Bye!

antara gambar feveret aku.. anak aku tu pun pandai ambik gambar.. antara gambar gambar yang aku simpan sebagai kenangan manis.. bukan semua lelaki sudi bantu isteri bergambar macam nih.. yang nak meniaga aku.. dengan suami aku sekali aku angkut jadik model heheh..masa ni awal awal meniaga dan aku kurang yakin nak posing amik gambar tapi kalau tak posing amik gambar customer tak dapat tengok kan.. mujur suami aku sudi bagi sokongan dan teman aku.. antara sebab sebab kenapa aku rasa aku tak perlu kedekut duit sales dengan suami aku.. belum kira time dia tolong angkut barang lagi .. time tolong angkut ke poslaju.. time tolong drive aku nak kesana kemari lewat malam sampai kuala selangor tu.. jadi aku rasa memang tak patut kalau aku kedekut dengan suami aku kan ..? Hurm...

p/s: jangan pulak nkorang ingat suami aku syok syok ambil kesempatan pulak.. suami aku lagi banyak duit dari aku... dia meniaga forex.. gold..currency.. tak tau berapa banyak duit asuk akaun dia sebab pernah sekali tu sampai akaun dia kena hold.. huhu.. sebab tu jugak lah kot aku tak kedekut ngan suami aku.. heheh.. tak berbaloi kedekut dengan orang banyak duit.. kekekeke.. 

Sunday, April 17, 2016

dilema isteri orang bersilat

ada banyak sangat perbezaan dan jurang yang besar diantara seorang pesilat dengan orang yang bersilat...  nak cerita saja saja memang tak cukup 250 patah perkataan... kalau aku dalam mood membebel maybe pejam sebelah mata pun aku boleh settle 2500 patah perkataan but currently i`m not in that mood.. aku takde hati nak membebel.. heheh..

hari tu masa ikut suami aku pi silat.....  terasa berbaloi betul masa yang aku korbankan tu.. dah lama tak tengok suami aku sparring secara serius... dapat pulak tengok suami aku tu sparring partner dia best... sama sama memberi.... lain nampak hasil dia... sebagai pemerhati yang setia untuk bertahun-tahun lamanya... aku rasa macam nih kali pertama aku macam betul betul terkaget tengok mereka sparring... tu pun baru berlatih gitu gitu je.. dalam peringkat try and error lagi..


actually masa suami aku bagitau aku dia bakal buat demo dengan pidot... aku rasa senang hati sangat.. betul betul rasa senang hati dan happy.. sebagai isteri orang memang aku tak boleh nak "suka lelaki lain" kan..? in this situation aku harap aku tak disalahtafsirkan... aku senang hati dan suka pidot pasal dia adalah seorang lelaki yang baik. sebagai seorang isteri dah tentu aku suka sebab kawan kawan yang baik tu akan menjaga kawan dia kan? aku rasa ayat yang tepat ialah aku suka lelaki yang baik macam tu jadik kawan dan sahabat suami aku.. hurm.. ada satu sebab kenapa aku rasa pidot tu lelaki yang baik..

patut ke aku cerita..?

masa aku tengah ambik gambar nih... boleh pulak salah sorang kawan suami aku tu pi angkat baju... eeeeee... mujur la ada satu gambar ni... yang lain semua rosak gambar.....
ni bahagian menyampah..betul betul menyampah.. hahah..

setiap kali diorang habis latihan silat... diorang selalu lepak lepak... borak borak.. belum lagi kalau ada orang bawak makanan.... haaaaaaaa........... mendidih segala urat saraf aku nih... kekekeke... yelah.. tak cukup cukup bersembang... jam dua tiga pagi ooiiii esok nak sekolah nak kerja... time time macam  nih mula la aku menyesal kali ke tiga ratus juta kali sebab sebok nak ikut..hikhik...

hahah.. nkorang yang tak alami nya... nkorang takkan paham okeh..!

kat sini lah dilema seorang isteri kepada orang yang bersilat... nko tau tak..? nak jaga perasaan sendiri.. nak jaga perasaan suami.. nak elak hasutan setan lagi... eeehhhhh nko ingat senang ke nak berfikiran secara tenang matang dan waras bila jam dah pukul dua tiga pagi tu..?

masa tu nko cuma ingat bantal busuk melambai lambai je tau! hahah..!

oklah. bye!

uhuk..uhuk..

p/s: ni lah sebab aku rasa pidot tu orang yang baik...  dua tiga minggu lepas kan orang orang silat nih semua ada majlis kat johor.. lepas tu kan dalam bergambar bergambar sesama mereka tu.... anak aku ada menyelit menyebok bergambar kan... dalam ramai ramai orang tu... aku nampak hanya pidot je yang ada update gambar yang ada muka anak aku sama... terharu hati seorang ibu diatas ingatan pidot tu..  memang kehadiran anak aku tu takde kaitan dengan majlis  tu.. hanya sekadar tanda sokongan kat ayah dia tapiiii tetaplah anak aku tu salah sorang keluarga lekir sendo kan..?

update gambar macam nih bukan satu benda kecil... aku pernah cakap kot.. seorang isteri dan ibu tu menilai dari sisi yang berbeza...  ^_^

oh ya... pidot nih suami orang... baru dikurniakan seorang cahayamata. tahniah pidot dan billa. enjoy kemanisan menjadi ibubapa nih.. tak terungkap dengan kata-kata..

sorry pidot..! akak screen shot fb hang... tapi nama fb hang akak sorok dah la..

Saturday, April 16, 2016

sebelum ikut pergi silat

dua tiga hari lepas suami aku kata lepas maghrib dia nak pi berlatih silat... kalau nak ikut siap siap awal... dan aku pun mesyuarat la dengan anak aku nak ikut tak ayah pi silat... ayah kata nak training dengan cikgu pidot.... masa tu anak aku tengok muka aku,aku tengok muka anak aku. anak aku kata ikut ibu. aku kata ikut anak la. hahah.. bukan apa, hari rabu...masing masing penat hal seklah, hal kerja lepas tu esok pagi nak bangun awal lagi.. kalau dah ikut silat tu kang balik mau pukul dua pagi...

aku ajak anak aku dinner kat luar, nak masak pun rasa letihhhh sangat....


amik gambar satu buat kenangan. boleh kan? nampak sangat muka letih aku... lepas maghrib je terus ajak anak aku pi makan... masa nih tak decide lagi nak ikut atau tak... sambil makan sambil bincang sambil sembang.. suami aku pulak masih kat tempat kerja... ada banyakkkk lagi masa untuk kitorang pikir nak ikut atau tak... biasanya kalau maghrib suami aku masih kat tempat kerja... memang lepas isyak la baru dia gerak pi tempat silat heheh.. kitorang dah pahammmm sangat dah jadual masa tu..


dah kenyang makan... sempat lagi aku dengan anak aku pi car wash cuci kereta... ahahahah... kedai makan + car wash nih semua kat area rumah aku je... tak la jauh mana pun... nak buat keputusan ikut ke tak ikut ke tak ikut ke tak.... huhu...


lepas cuci kereta aku pi isi petrol pulak..... heheh... masa nih dah buat keputusan dah... kitorang nak ikut lah.... antara sebab nak ikut ialah sebab.......... anak aku kata rindu pulak kat ayah... selalu ayah pergi kerja hakim tidur.. ayah balik hakim dah tidur... sobsobsob... touching sungguh perasaan aku dengar anak aku cakap macam tu..

lepas tu aku pun fikir..

aku rasa aku pun rindu kat suami aku... ok lah.. kita ikut lah..! walaupun jadik tukang pacak je tepi gelanggang.... ikut lah.. ikut lah... ikut lah.... perhati suami aku dari jauh pun takpe... gituh....

Friday, April 8, 2016

pulau pangkor, part 5-check out, nipah bay villa

balik dari pantai, terus kitorang siap siap... mujur baju dah kering masa lepak lepak tu... jadi senang aku kemas masuk plastik... takdelah berat beg... baju nak pakai balik semua memang aku dah standby kan dari malam tadi..

sementara suami dengan anak aku tu siap mandi, aku kemas la apa yang patut... tepat pukul 12.05pm kitorang keluar bilik... turun bawak pi check out...


kat sini lah kami stay... disebabkan aku sangat puas hati dengan bilik bajet yang aku stay... so aku tak ragu ragu untuk rekomen kat orang lain.. actually aku ada jugak survey review orang lain.. ada jugak yang tak happy tinggal kat sini... so ku ingatkan di sini tak semestinya pengalaman aku manis , pengalaman nkorang pun akan manis... ok? tapi serius cakap, aku happy stay kat sini dan jika ada rezeki ke pangkor aku akan stay kat sini lagi.. insyaAllah..


sedikit maklumat yang aku ambil untuk kegunaan masa depan.. heheh.. untuk nkorang juga kot kot rasa ada apa nak tanya pasal pangkor tu... call je lah nombor kat kad tu... masa aku nak check out adik adik yang kat kaunter tu semua jenis ramah..baik baik..



panas giler time nih... gigih jugak nak ambik gambar sebelum gerak balik...  serius rasa berat hati.. maybe untuk sesetengah orang pulau pangkor tu kosong takde apa... nope... pangkor have a great things to offer... cuma nko sendiri kena pandai adjust aktiviti nak buat apa... memang takde bangunan tinggi mencakar langit... yang ada ketenangan, udara segar... memang itu yang aku perlukan untuk rehat kan..? 

asalkan bercuti dengan orang yang kita sayang.... dapat luangkan masa yang berkualiti... definitely a sweet memories to me.. thank you so much sayang.. for this.


masa untuk pulangkan balik motor ialah pukul 3pm.. so ada banyak masa lagi... sempat kitorang pusing pusing pulau kejap... singgah singgah amik gambar.. pergi tempat bersejarah... hoho...  nko tau tak kat pulau pangkor tu rupanya ada tinggalan sejarah zaman dulu kala...? ada kota belanda dan ada batu bersurat...

haa... nanti lah aku cerita..

byebye!

bersambung................



Wednesday, April 6, 2016

pulau pangkor, part 4- main pasir di teluk nipah

selamat pagi teluk nipah , pulau pangkor..!


pukul tujuh lebih kitorang dah keluar bilik... pemandangan kat luar dah macam pukul 10 pagi...! terang dan ramai orang... meriah..! mood bangun pagi sangat baik sebab malam dapat tidur rehat yang cukup kan...

bangun pagi tu terus usha tempat nak sarapan... ada jugak pilihan nak breakfast kat cafe kat hotel tapi takde nasi lemak dalam menu diorang... anak aku pulak memang dah awal awal kata nak nasi lemak.. maka pusing pusing la mencarik gerai yang ada jual nasi lemak..

jumpa satu.... tepi pantai pulak tu...! laju jer aku ajak suami aku makan kat situ...hikhik..


suami aku memang berpanjangan diet... jadi dia ambik kuih muih je... anak aku amik nasi lemak dengan ayam masak merah... aku makan nasi lemak telur goreng... aadeeehhhhh... yang tak syok nya bila hapdet pasal makan ni yelah... nko akan teringat betapa sedapnya nasi lemak tu... dan macam mana nak beli bila dah teringin macam nih.. nasi lemak tu jauh kat pulau pangkor oiii... huwahh..!


makan dengan bunyi ombak... pergghhh... udara segar... pemandangan indah.. subhanallah.. sungguh syukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.. pengalaman manis lepak lepak borak borak..


cengkodok pisang yang suami aku makan tu serius sedap giler... 5 ketul 2hengget.. lepas tu suami aku mintak lagi 4hengget.. lepas tu lagi 4hengget... ahahahah aku tak tau la diet dia lari kemana... pasal lepas tu aku tak boleh habis pun nasi lemak tu... memang aku jenis makhluk yang tak makan sangat waktu pagi... maka macam biasa la akhirnya suami ku makan sama nasi lemak tu.. tak habiskan rasa sayang membazir rezeki kan...  


ada berekor-ekor monyet kat sana... memang kena sentiasa hati hati... leka sikit je monyet monyet nih akan turun pokok tu dan ambik makanan nko... tapi dengan aku monyet monyet nih tak payah susah payah nak curik curik datang dekat... aku dengan rela hati sedekah kat diorang cengkodok pisang suami aku tu..heheh..


lepas makan... start motor pi lepak pantai.... aku dengan anak aku memang tak sabar sabar nak main pasir... heheh...  carik port yang lengang... yang tak berapa nak ramai orang....  mula mula sampai tu kemain dua hero aku nih menyandar dalam buaian tu... 

memang syok sangat lah... redup...dengan angin kuat... pemandangan cantik... takde apa lagi boleh ku cakap selain daripada subhanallah , alhamdulillah , allahuakbar..


puas melepak anak aku akhirnya ajak main kat pantai.. air jernih.. pantai cantik..


panas matahari pun ku tahan jugak lah... walaupun ku tahu risiko utama aku bakal hitam legam... memang kulit aku jenis sensitif sangat dengan sinar uv macam nih... cepat la hitam lepas tu bertahun nak cerah balik... 

demi anak... kutabahkan hati.... kegembiraan anak tu lebih penting kan..?


masa nih kitorang tengah main projek bersihkan cengkerang... air tengah nak surut... banyak cengkerang tinggal tepi pantai... so aku ngan anak aku main kuitp cengkerang lepas tu bawak balik pusat operasi untuk dibersihkan.. cengkerang yang cantik akan dibawak balik manakala cengkerang yang dah pecah akan dilepaskan semula ke laut. 

dan kita cuma ada masa lebih kurang sejam je.. masih banyak bahagian pantai kita tak pergi cari cengkerang... haaaaa gitu lah ye antara menda yang aku main dengan anak aku..hiihii..


punya leka aku main sampai suami aku selfie pun aku tak perasan.. heheh..  dah habis semua cengkerang tu... aku ajak anak aku lepak tepi... masa nih matahari dah makin tinggi.. dah dekat pukul 11 jugak.. aku nak lepak kat buai tu kejap sebelum balik... selalu usha kat tv je kan... alhamdulillah takde pokok tumbang bila aku naik buai tu... setakat pokok tu goyang goyang dan melendut je lah.. kekekekek :P yelah aku sedar aku gemok... nanti aku diet eehhhh.. hahah..


pemandangan yang sangat dirindui... masa nih masing masing melayan handphone sendiri.. sambil borak borak... sekeliling memang takde orang dah... cuma ada kitotang... aku lepak kat buai ni sampai nak tertidur dah rasanya... heheh.. memang syok.. tak tertulis dengan perkataan...



aku bagi masa sendiri kat anak aku... lepak la anak.... kejap lagi nak balik dah... memang berat rasa hati nak akhiri percutian manis macam nih... huhu...


kira -kira bajet 

sarapan  pagi        rm 19.00

actually aku terkejut jugak bila tokei kedai tu cakap rm19, sebab cengkodok suami aku ambik je dah rm10 kan.. dengan nasi dengan air... alhamdulillah... rezeki dari Allah temukan kami dengan gerai ni.. biasanya aku memang tak kisah berapa hengget pun yang suami aku bayar tau... tapi sebab kali nih aku nak cuba ikut bajet... aku ambik kisah la sikit... heheh.. 

so, setakat sehingga breakfast , aku dah guna rm355.60 daripada rm400.
bajet aku tinggal rm44.40

huhu..

masa nih aku memang terasa-rasa dah aku bakal kalah dalam pertandingan bajet aku nih...

aku dah start redha. pasrah. 

dah la mood sedih sebab nak balik dah.. sedih sebab aku rasa aku tak pandai uruskan kewangan..

aduhai...

bersambung...
 


Monday, April 4, 2016

pulau pangkor, part 3-malam di teluk nipah

actually, balik je dari snorkeling, kitorang bertiga pusing satu pulau pangkor... naik bukit turun bukit masuk hutan pergi kampung nelayan lalu kawasan perumahan penduduk pangkor... tak tau nak habaq how happy i am with this trip.. betul betul happy sangat ku rasa hingga kini kalau tengok gambar gambar masa bercuti..boleh senyum sendiri ber jam jam lama...hikhik..

bahagian belakang pulau pangkor..dekat ngan kawasan hutan simpan.. kalau suami aku tak bawak ronda aku tak tau pulau pangkor tu ada hutan simpan rupanya....
habis ronda tu kami singgah makan kat tepi laut... masa nih memang masing masing dah lapar nasi dah... gerai ni jauhhh dari kawasan pelancongan... kat kawasan penduduk tempatan... bercuti dengan bajet kecik...memang kami dah decide nak makan kat kawasan macam nih...dengan harapan selain sedap..harga makanan munasabah... 


masa ronda ronda tu aku memang dah nampak banner nasi tomato dari jauh memang dah teringin teringin nak rasa nasi tomato tapi aku tak kata apa...memang perangai aku biasanya mengalah ikut suami dengan anak aku nak makan apa..kecuali aku betul betul teringin... baru la aku cakap.. selagi boleh mengalah memang aku mengalah.. biasanya aku cepat kenyang bila tengok orang yang aku sayang kenyang... ahaks..! sweet kan acik dayah..? tapi aku tak main main bab nih.. serius aku rela tahan lapar asalkan makhluk dua orang yang aku sayang nih kenyang... ^_^

nanti bila diorang kenyang... aku membebel la aku lapar... ahahahahah... #keji


so,ini lah dia nasi tomato yang aku teringin teringin nak tu... end up aku memang makan kat sini pasal suami aku lagi sweet dari aku... kalau aku suka mengalah dia pulak kebiasaannya tahu je aku nak makan apa.... kekekeke... selain nasi tomato... dari kejauhan kat banner tu nampak ada jual nasi ayam... mi kari..mee sup... dan kedudukan depan laut tu antara faktor jugak menyebabkan gerai nih jadik pilihan lepak makan makan sampai kenyang kaw kaw..


aku order nasi tomato...anak aku order nasi ayam... alamakkk aiii terliur pulak aku tengok gambar.. serius sedap weihhh nasi tomato dan nasi ayam... air pun sedap... suami aku order kuew tiau goreng... bukan sebab diet tak makan nasi.. sebab dia yakin yang nasi kitorang nih karang sure tak habis sebab portion besar... yup... memang tak ku nafikan masa nasi sampai aku terkujat kejap sebab banyak kot nasi dengan ayam... aku memang rasa tak mampu ku habiskan sorang..


ha...nilai la sendiri..pinggan besar macam tu nasi dengan ayam banyak..  huhu..... sungguh terliur la...! sebab sedap..!  insyaAllah kalau ada rezeki ke pangkor lagi aku mesti nak carik gerai akak nih lagi.. ^_^


gerai nih betul betul terletak depan masjid terapung yang masih under construction kat pangkor tu.. huhu... memang pemandangan sangat win... walaupun masjid belum siap tetap sejuk hati tengok.. moga ada rezeki aku ke pangkor lagi untuk tengok masjid ni bila dah siap nanti.. insyaAllah..

dekat pukul 7 tu kitorang gerak balik ke teluk nipah... matahari dah mula terbenam... suasana keliling makin gelap dan suasana start sunyi... dalam hati aku tu ada jugak rasa seram seram sebab kat tempat orang kan... aku peluk suami aku diam diam je lah perhati keliling tengok laut.. tak mampu nak keluarkan perasaan seram tu pasal anak aku duk depan kang dengar pulak.. heehee.. taknak la aku rosak kan mood dia dek kerana aku rasa seram tak tentu pasal tu... huhu..

pukul 7 lebih sampai teluk nipah, balik hotel parking motor.. lepas tu pergi jalan kat depan pantai tu.. hampir pukul 8 jugak la time tu.. tapi suasana lengang lagi.. maybe sebab masih awal... baru lepas maghrib dan orang belum mula turun carik makanan.. aku nih mengenangkan dah alang alang kat luar tu jelajah la terus tengok waktu malam kat area teluk nipah tu... memang penuh deretan kedai.. jual souvenir.. jual makanan... mengenangkan perut betul betul kenyang aku tak beli apa pun.. padahal bau harum menusuk hidung sepanjang panjang jalan tuh.. alhamdulillah hati aku terpelihara daripada nafsu tamak haloba... kalau ikutkan nafsu memang ada harapan nak tapau apa apa makanan tapi diulangi.. aku tabahkan hati tak ikut nafsu makan... 


pelan pelan jalan jalan usha usha barang... perlahan lahan orang makin ramai... dalam hati aku mula rasa "alamakkk" hahah kalau boleh nak jalan jalan tu aman damai takde sesak sesak macam pangkor tu aku yang punya kekekeke... tengok orang mula ramai maka aku pun percepatkan la niat aku nak beli sedikit tanda kenangan cuti kat pangkor tu..


memandangkan bajet yang terhad sangat sangat... ku tabahkan hati sekali lagi daripada membeli banyak benda mengarut mengarut... ahahahah... istilah aku lah nih untuk membeli barang yang sebenarnya tidak perlu dibeli pun tapi gatal jugak nak beli... haaa namanya barang mengarut mengarut... hihi... lagi pun dah mula rasa letih mengantuk rimas semua ada.. lepas beli cepat cepat jalan kaki balik hotel.. masa ni orang memang dah makin ramai.. betul betul meriah area teluk nipah tu... sebab aku datang tu jumaat malam sabtu maka takde busking... kata salah sorang peniaga kat situ kalau malam minggu ada orang busking dan open karaoke... haaa mesti lagi happening suasananya..

sepanjang jalan tepi pantai tu banyak jugak gerai jual seafood.. nih semua bergantung pada bajet masing masing la ye.. aku memang takde keinginan nak makan makan meriah..memang sejak awal nak cuti dalam otak aku nih tak pikir pasal makan sangat.. sebab tu aku confident je dengan bajet yang terhad tu boleh nak jalan jalan.. biasanya selain petrol tol dan hotel, bajet tinggi kat makanan.. kan?  tambah pulak aku kenyang sangat sangat lagi makan nasi tomato yang sedap itu.. 

cumanya aku ada niat dalam hati, next time kalau ada rezeki aku ke pangkor lagi, aku akan try seafood kat sana sebab nak tau cemana sedap nya makan seafood fresh fresh tepi laut tu.. tak silap aku pakej makan malam utk 2-3 orang serendah rm50 dah ada dengan macam macam lauk.. kalau nko pencinta seafood memang boleh sangat dinner kat situ.. tengok dengan menu dan harga aku rasa rm50 tu berbaloi.. jadi aku tak tau la kenapa ada blog yang review makan kat pangkor mahal.. bagi aku harga yang aku nampak semua berpatutan..

tu lah...aku kata tadi semuanya bergantung pada bajet masing masing...


tu dia.... lepas tawar menawar aku beli tshirt 2 helai rm10 dengan keychain 3 ketul rm10.. tapi salah satu keychain tu aku mintak tukar dengan fridge magnet.. jadik lah kan buat kenangan aku dimasa tua kalau aku panjang umur insyaAllah.. aamiin..

balik je hotel aku terus suruh hakim mandi dulu... settle hal anak dulu baru aku lega nak settle hal lain.. sementara aku kemas beg.. siap baju nak pakai masa balik.. suami aku mandi dan anak bujang aku dah tertidur... tak sempat aku nak suruh dia tunggu ayah dia habis mandi solat jamak sekali.. huhu.. aku pun paham dia dah letih sangat la tu... aku perhati je anak aku tidur dengan perasaan syahdu... terasa nau dah besar anak aku.. "berat hati" nak lepaskan dia jadik dewasa.. huhu..


oh ya, aku sewa bilik standard ni ada satu katil queen macam nih, satu side table lepas tu ada cermin and sorry! aku tak teringat nak ambik gambar bilik dan bilik air.. tak teringat tak terfikir.. tapi siyesly bilik dengan bilik air sangat selesa.. tekanan air elok sangat, aircond sejuk,tilam empuk,cadar bantal semua bersih.. memang puas hati sangat sangat lah..  sebab pengalaman aku kat sini ok so aku rekemen nkorang yang nak ke pangkor try tapi harus ingat lah, pengalaman aku tak semestinya sama dengan pengalaman nkorang.. ^_^

lepas solat tu memang tutup lampu tidur..!

letih sangat weih... tapi tidur dengan senyuman la... happy sangat..


kira kira bajet 

makan malam            rm  17.00
cenderamata sendiri  rm   20.00
jumlah                      rm  37.00  

huhu... bukan mudah eehhhh sebenarnya bila bercuti dengan bajet terhad.. setan berekor ekor sebok menghasut cuma maybe setan setan tu tak tau.. aku lagi risau kalau aku tak berjaya jaga bajet yang ditetapkan... then next time suami aku dah taknak bawak jalan jalan sebab aku tak amanah.. 

haaaa.... sebab tu sepanjang kat pangkor tu aku cukup cukup cukup beringat...

jumlah yang dah digunakan pada hari pertama ialah rm 336.60

uhuk..uhuk... tinggal balance rm 63.40 sebelum budget burst.. hikhik.. #redha  


sekian, bersambung.....

bye!

Friday, April 1, 2016

Asingkan duit

Haaaa... ini lah kerja aku setiap bulan kebelakangan ini.. dok asingkan duit nak bayar itu nak bayar ini.. pergghh terasa macam banyak pulak yang nak bayar bunyi nya hikhik.. biasanya aku asingkan duit belanja untuk beli barang basah tu.. duit belanja hakim pun aku akan siap awal awal asingkan..



Anak aku belanja 3hengget sehari.. sejak awal tahun hari tu hampir setiap hari dia ada bawak balik baki.. tabung dia dah naik penuh dah.. aku tengah pikir pikir nak beli tabung baru atau ambik keluar dulu duit dia dan simpan asb.. Huhu..



Lepas tu duit untuk beli barang basah.. aku memang bajet lebih kurang 50hengget la seminggu untuk kami anak beranak kat umah nih.. biasanya tak sampai pun 50 hengget..setiap minggu aku boleh simpan 10 ke 15 hengget jugak lah.. kalau rajin masak nko memang boleh jimat banyak..percayalah....



Lepas tu buat kira kira dan asingkan duit untuk barang dapur yang kering kering tu macam milo susu biskut dan segala macam bawang rempah ratus serta makanan makanan tambahan yang aku kena beli jugak sebab suami dan anak aku jenis mencari makanan ringan.. belum kira bajet untuk beli segala sabun..huhu.. banyak barang keperluan harian yang kena ambik kira penting tak penting sebelum nak beli tu..



Lepas tu asingkan duit belanja sendiri.. untuk petrol..untuk tol.. untuk nak makan luar.. untuk shopping......hikhik.. aku tak tau lah nkorang tapi sejujur jujur nya aku mesti ada je benda nak beli setiap bulan.... heheh walaupun aku dapat shopping sehelai tudung yang berharga rm5 pun aku dah happy sangat dah..janji shopping!
:p



Hujung hujung bulan..biasanya aku serah balik kat suami aku segala balance duit yang ada.. duit petrol ke duit barang dapur ke sebab bagi aku tu semua bukan duit nafkah tapi duit yang dia amanahkan kat aku untuk beli barang keperluan.. kecuali baki duit belanja sekolah hakim itu memang masuk tabung hakim lah kan.. sehingga semalam tak silap aku empat kali dah hakim ada bawak keluar duit tabung dia.. dia dah besar dan aku terasa sangat yang dia dah tau nak berbelanja huhu.. berat nau rasa hati mengenang anak makin membesar dan nak "lepaskan" dia adalah sangat sukar!



Ni lah kerja aku biasanya setiap bulan kebelakangan ini.. bab rumah kereta bil unifi maxis elektrik air mahupun wang simpanan atau wang kecemasan semua aku memang tak ambik tau..  bukan bidang kuasa aku tu..

So.. saja update hal nih.. tergerak hati nak tengok setahun lagi.. cemana pulak cara aku uruskan duit belanja tu semua..huhu..

Cemana agaknya keluarga lain? Adakah duit belanja dapur duit belanja umah nkorang sama dengan duit nafkah?  Kalau dapat sekali untunglah..! Boleh la nkorang simpan kalau ada baki daripada perbelanjaan tu..
Macam aku..... memang aku pulang balik lah...  bukan hak aku, aku tak ambik..
Kbai!